Wednesday, December 30, 2009

entry paling pendek ,ayat macam celaka .ahhaha :) .so everybody say yes to this .




"i tinggalkan you bukan sebab i benci you
tapi
i tinggalkan you supaya you ingat i sampai bila bila "


























Monday, December 21, 2009

i bukan paris hilton ada empayar besar boleh sara anak cucu keturunan ke-106

bagaimana perasaan you all kalau orang mengata-ngata you all ?

i akan cakap ,i tak kisah .sebab i pun suka mengata orang .i suka hati je nak cakap apa2 pun .kadang2 sebab syok sangat mengata orang ,sampai i tak sedar i mengata depan tuan dia sendiri .lepas tuh , i mula lah mengesot slow2 dari tempat kejadian .tapi i bukan mulut longkang ,i cakap apa yang betul je .lagipun berterus terang lagi bagus daripada berahsia kan ?sebab tuh lah kadang2 i confuse kenapa orang suka buat cerita tak betul pasal i ,belakang i .i ada racun keturunan diorang ke sampai berdendam kesumat .nak kata diorang jeles dengan lifestyle i ,tak kannya .nak banding kan i dengan orang lain .ber-zillion i kurang dari orang lain .

cuba you all cakap ,apa yang you all tak puas hati dengan i ?

Wednesday, December 16, 2009

far far away ,i stay there





we together ain't like no others ,our memories just like mezzotint that stood still
a bond we have is ubiquitous ,won't easy as it seem

our toby jug filled with love ,not toddy
we dance on the rooftop with crazy move that only we know

the joke was still the same ,just diffrent name and time
the laugh were never befuddled but joy




p/s :we aren't friend from school ,but friend after .the one before just in the past, that's the reason why in a tempestuous moment i only see you and me

Monday, December 14, 2009

FACEBOOK MACAM JEJAK KASIH


tadikan ,i habiskan sepetang click2 gambar2 orang yang i rase i kenal dekat facebook ,eh eh i nak gak cakap macam orang yang tahu banyak facebook sebab diorang panggil FB jek .i rasa ada sesetengah yang i kenal muka diorang lain ,lain gila i bagitau you .

i rasa kadang2 macam bukak page fan club artis pulak .ada lah yang muka and gaya ala2 artis walaupun bukan artis .i wonder lah kenapa diorang tak add i ?muka i ni dah lain sangat ke ?i rasa tak ada lagi gaya muka Blake Lively or diorang confuse i ni siapa eh ?apa2 pun i dah add dekat 50 orang ,yang i rasa diorang kenal i .kalau diorang tak approve nampak sangat i neh tak famous .ni yang i tak suka ni .ahha

walau apa pun .i'm looking foward nak jumpa mereka2 .oh ya ! baru2 ni i ada jumpa ,eh tak tak terserempak dengan ex student tech kuantan dekat Megamall Kuantan .and i'm happy to see them :) .kalau rasa2 kenal i iaitu gambar di atas ,pandai2 lah nak add .tapi muka i macam pon-dan sikit kan ?hhaha

Thursday, December 10, 2009

may look hard to be my other half ,try me !then ,bingo !you had the answer





i got plenty of people that still stick with me through thick and thin .some people say it might hard to get someone that never gonna suck you up when you didn't do well in a very important by group presentation ,who didn't say even a word or whispering a single sigh to show how bored the were accompany you to find a perfect dress tho it take a whole day ,who wouldn't mind every penny of them waste on you .you may say i fantasized a lot to be a beautiful barbie doll with perfect skin ,flowy blond hair which will stay as before the wind blow ,a piercing blue eyes and for sure a prince charming .i know it might not come true ,but at least i got you ,you and you that make my day seem brighter each other and the only thing that i can't buy is your smile that bring lot of luck and love into my life .i don't need a smorgasbord ,a cool groupie wearing detail of top designer clothes or any jewelery ,i just need youuuu ,Friend .


p/s:i love my family ,friends and cousins that portrayed the other half of me .

Sunday, December 6, 2009

my first wishlist !




my WISHLIST :

(1)leapoard print shirt
(2)loose sequin (salah eja eh ?) top and cardigan
(3)knitting cardigan
(4)sleeveless (salah eja eh?) studded top
(5)printed legging
(6)a long gold necklace (not a real "gold")
(7)any striking color clutch and studded details would be a bonus
(8)black leather or black pvc jacket and brown or gray would be nice too
(9)strappy sandal i mean extra and extra strap
(10)flawless skin
(11)pale lipstick color (majorly used for runway model)
(12)a really-really waterproof eyeliner
(13)colorful and with indian sari print headscarft

p/s:bila lah nak dapat .

Monday, November 30, 2009

a letter to whom may concern

adam young do sing me a song

dear to whom may concern ,


as i sit and stare at people around me ,suddenly every single things you told me yesterday crossing the state of my mind .you know how happy am i knowing that i was that special to you .the butterfly in my stomach just can't stop flying up and down .but now all i know is i got a crestfallen symptom and i don't know why ,there isn't any wrong neither me or you .can you tell me why am i feeling this ?am i that paranoid and wanting you so bad in my life ?

you might be different from anyone i had in the past .feeling very comfortable and just being myself when i'm around you would be a positive sign .but it might turn too shallow and become darkened when you started acting like you don't care .


sincerely ,
the one who won't stop concerning about whom may concern

Wednesday, November 25, 2009

entry menyedihkan ,memilukan dan merundum perasaan

pagi tadi aku dikejutkan dengan satu panggilan tapi aku cancel .lepas tu masuk plak satu message ,buat bodo lagi masuk message kedua ,aku bangun .ya Allah aku memang terkejut gila babi bila baca message tu .aku dah kehilangan seseorang bukan hilang dalam masa 2 minit bukan hilang untuk cuti sem tetapi hilang selama lamanya .

Arwah seorang yang sangat rapat dengan aku .senang kata aku listkan kenapa aku kata arwah seorang yang baik hati :

i)orang yang selalu buat surprise printkan note lecture untuk aku sebab aku tak de printer ok itu alasan sebab aku memang malas nak print .
ii)orang yang selalu jadi teman aku lepak2 dekat kopitiam Jonker Walk ,arwah paling suka makan char kuey teow kat situ (mampus lah salah eja pun) .
iii)orang yang selalu kata lagu i gotta feeling tu lagu bertuah aku sebab setiap kali aku masuk kereta dia mesti lagu tuh yang mula2 keluar .
iv)orang yang selalu kata kabel aku besar kat UTeM ,padahal tak pun .aku kalah lagi dengan blair wouldorf (mampus ah salah eja pun)
v)orang yang selalu hantar message kat aku pagi2 tanya nak pegi class pukul brape ,lepas tu aku hasut pegi lambat sebab aku malas nak blaja .
vi)orang yang mencipta nama budak kasut merah sebab mula2 masuk aku pakai wedges warna merah yang sebatu orang boleh nampak ,ok aku tipu dalam jarak 50 meter lah .
vii)orang yang selalu sedekahkan aku duit syiling untuk beli air dekat mesin air gedegang

kalau aku nak listkan semua ,mang terlampau banyak .walaupun kita kenal hanya dalam tempoh 3 bln tolak seminggu aku buat cuti sendiri sebab nak pegi konvo ,tapi dapat kenal dengan arwah adalah satu benda yang priceless untuk aku .aku terkilan sebab tak sempat tengok dia kali terakhir tapi aku bersyukur dapat berjumpa dia di hospital melaka sebelum dipindahkan ke hosspital penawar johor .aku terkilan jugak sebab arwah tak sempat bagitahu aku siapa yang dia admire sedangkan aku beritahu berpuluh2 orang yang aku admire .penting ke ?penting ,sebab itu kenangan aku bersama arwah .

arwah seorang yang suka berjenaka ,baik hati dan paling best peramah .no one can replace her .i pray for her happiness and may Allah bless her .AL-FATIHAH~

p/s: sem depan kena pergi class sorang2 .

Friday, November 20, 2009

kawan ,kawan juga jangan sampai jadi megan fox

i love you both ,the person that i can call a friend .



aku sekarang dah slamat sampai kat rumah ,hati tetap gembira walaupun aku terpaksa dengar tiap2 hari katak nyanyi lagu anuar zain walaupun muka tak macam anuar zain .aku rasa waktu aku be home sekarang amat sesuai since aku lari dari satu masalah .

aku rasa sangat relief bila balik dapat tengok cocoa ,kuceng yang aku paling kasih .sebab dekat melaka aku terpaksa berhadapan dengan manusia2 yang aku harap aku takkan jumpa sampai bila2 .aku bukan apa ,bila perasaan di betray tu berlaku depan mata aku boleh kata unacceptable sebab boleh kata selama 21 tahun aku hidup tak pernah aku jumpa orang macam tu ,dah jangan nak kata aku tua pulak .

belakang aku boleh main2 dengan satu benda yang aku suka .maybe aku boleh maafkan apa yang dia dah buat pada aku tapi untuk erase 100% tu never lah .jangan kata aku berlagak ke ,sombong ke bajet ke kalau aku tak layan engkau macam dulu kerana engkau punca aku jadi macam ni .kau tak ubah macam megan fox dalam jenifer body .

dan aku tahu message yang kau hantar pada aku sebelum balik yang "i love you" tuh ada makna sebab yang kau hantar pada orang lain tak ada 143 .mungkin kau rasa bersalah pada aku ,haaaaa memang kau salah pun .

akhir kata : mungkin dia tak kenal siapa aku lagi ,aku lah ZHANA ZULKIFLI
.

Monday, October 19, 2009

ada aku peduli ,aku tak cerdik

apa perasaan dia jadi diri dia eh ?


hobi aku suka tanya soalan2 bodoh .nak kata aku bodoh ,tak bodoh mana . haha .kalau tak manakan i dapat masuk UTeM tercinta ni . haha .macam ni cerita nya .tiap2 kali aku ternampak orang cantik aku mesti macam terpinga2 ,pastu fikiran melayang2 entah ke mana .heloo ! snap snap snap (ala2 blair ) ahha ,jangan fikir benda lain .ok lah ,tak nak bagi nampak lesbo sangat ,aku tukar lah sikit ayatnya .setiap kali i terpandang orang handsome ,mesti terlintas dalam hati kecil i . "

apa perasaan kalau jadi orang handsome ,yang bila orang pandang orang kata ada gaya CHUCK BASS dari gossip girl "


amboi2 ,mentang2 lahh dua tiga hari ni ,mata lebam2 bengkak sebab nak habiskan gossip girl season1 and separuh season 2 ,ya ya aku tahu aku macam orang tua sikit lambat dari orang lain ,diam ahh .aku tahu ah dah masuk season 3 ,pastu siap ada HILLARY DUFF lagi (=.= )


berbalik pada persoalan tadi ,bila i tanya mak i .dia mesti buat muka tercengang ,tanya adik i dia mesti kata i gila .i bukan apa ,i malu lah nak tanya orang2 cantik sendiri macam mana perasaan diorang jadi cantik ,nanti jawapannya terlampau extreme .dah lah i malas nak fikir2 lagi .


p/s : agak2 nya apa perasaan ed westwick (CHUCK BASS ) jadi lelaki pujaan i ?

Tuesday, October 13, 2009

i fed up jadi orang mulia ni



why ada sesetengah orang selalu tidak menghargai orang yang caring pasal diri2 mereka ?bila semua dah terburai ,baru nak tergadah .yang hairannya lagi ,bukan nak cuba membetulkan apa yang salah ,tapi buat muka macam sardin dalam tin sardin .

aku sendiri tak faham dengan orang2 macam ni .

and lastly ,pergaulan sosial kat UTeM ni macam bodo2 sikit ,senang kata macam tak matured lah ,amboi macam lahh i neh matured sangat tapi more matured lah daripada they all .come on lah babi eh eh babe ,tak kan lahh pasal copy2 report /assignment pun sampai nak bagitau kat lecturer .aih ,taik hidung betul lahh .ini universiti kot ,lain dari zaman matrik lain dari zaman sekolah .bukak2 mata lah weh ,jangan sampai i sembur2 depan2 muka you all baru nak sedar .fcuk betul lah .

Monday, September 21, 2009

do you think i'm a lesbian ?








don't you think she's cool .if you ask me ,the only reaction you got is jaw-dropping .oh my ,i'm in love with this girl ,you can call me whatever you want wether it is lesbian ,bisexual or whatever .i still fall for her style and it may not be ott if i say she is such a supercool girl ! way to go AGYNESS DEYN .


PEACE YA'LL ! ok ,now i sound like a nigga haha

Thursday, September 17, 2009

pendek pendek pun bermakna tau !


boleh tak engkau2 yang luar sana tak payah buat ayat rendah diri tapi sebenarnye nak bangga diri .aku tak tahu lah nak cakap macam mana ,comlplicated gila ,lagi payah dari math engineering subject hahah .ok2 let me explain ,i bagi contohlah ayat rendah diri tuh :

"eh donat ! kau nampak cantek lah pakai tempurung kelapa atas kepala kau tuh" ,kata kacang tanah

"mana ada lah kacang tanah ! kau lagi cantek pakai kasut atas kepala" ,kata donat

"isk .biasa saja lah .btw ,thanks .aku beli kasut ni pun murah jek .RM 50000000000000 jek." ,balas kacang tanah sambil gaya tersimpul malu dan bangganya .

tak payah lah weh tak payah lah weh kau nak puji2 orang lain sebab nak dapat pujian balik .aku rasa macam lawak gila weh .gelak lah gelak lah gelak lah .dah lah tak payah gelak .aku dah rasa macam babi ! ahha .celaka kan kacang tanah tu ?hahaha :D



SELAMAT HARI RAYA !

Tuesday, August 18, 2009

been betrayed on my birthday

dulu aku ada seorang kawan 'sejati' .apa2 kami buat sama2 .tapi aku ada lagi seorang kawan yang dulu aku rasa dia sombong sebab dia cantik .sebut sahaja nama dia ,siapa yang tidak kenal .tapi lama2 bila aku berkawan dengan dia aku rasa best ,seronok dan jadi diri aku .apa yang paling aku suka setiap kali birthday aku dia tak pernah lupa dan orang yang aku anggap bagai kawan 'sejati' selalu lupa tarikh2 penting aku .itu buat aku sedih .terima kasih aku nak ucapkan pada orang2 yang wish birthday aku .i <3333 you !

dan dah hampir seminggu lebih or nearly two weeks i wait for the answer from this person.but never been answered .today ,i stop waiting cause i know that person has forgotten who am i because that person really got someone that he dreaming of .i do feel happy for that person because some say if like/love someone ,we just need to let them do what the like and left what they don't .and by this moment i just need to forget all the promises that person made cause it never will be today ,tomorrow or thousand years to come .if that person read this ,hoping he know how faithfull i am to him ,and how unfaithful he was to me . HAPPY 21TH BIRTHDAY SITI ZUHANA AHMAD ZULKIFLI

Wednesday, August 5, 2009

dah nama pun perempuan !


ambik kau ,muka gatal .sapa2 yang rindu aku save ah gamba neh lam laptop ahah


apa perasaan bila seorang perempuan jatuh cinta tapi macam ada antara 2 ,ya atau tidak atau hanging by a thread .aku pun tak tahu apa aku mengarut sekarang .psssst .aku rasa aku dah nak ada hero baru .tapi sapa2 nak masuk line .terbukak lagi .untuk anda2 semua yang tak berjaya ,try harder next time . haha .see yaaa around people ! .


p/s:duk rumah baru dapat online .kat UTeM ,tak dak wifi macam UTM kl .aihhh rindu !bukan rindu apa ,rindu klua jalan2 naik kereta beli nasi lemak tapi tak mandi lagii .shhhh !it's a secret .

Thursday, July 9, 2009

honey you just ain't know me enough to say such a beautiful things

i'm picking up all your miracles words by the sidewalk .i put them nicely in a red box with a combination of white and pink ribbon on it .yeah i know .i found myself too hard to understand with ,too complicated to live with and too demanding to be happy with myself and people around me .

non-stop bragging about other life ,why did they got them while i'm not .try to put myself in a secure situation just to feel relief without making any stupid mistakes .lastly ,everything turn in negative way .keep blaming myself is the best way that i can think right now .

what about promises left promises ?did anyone got the answer for that .cause i'm not the one who build those pretty things but it's you .if i could just click on demolish button and they were all gone ,will put me in a very safe zone right now .


BUT THAT'S NOT GONNA HAPPEN SOONER OR LATER ,HONEY !

Tuesday, June 23, 2009

IN NO MATTER WHAT ,I'LL STAND BY YOU


kadang2 aku selalu berfikir juga kenapa kita sering mengkehendaki suatu benda yang macam samar2 nak kita dapat .ade perkara depan mata ,kita dah tolak jauh2 .ada orang kata inilah sifat orang tak bersyukur tapi bagi aku tidak sebab kita ada hak nak menentukan mana kita suka ,mane kita benci .

tapi ada orang dapat apa yang mereka2 nak dengan senang sekali ,yang mana kadang2 tanpa memerlukan usaha lansung .nampak macam tak adil .tapi itu lah realitinya .situasi/keadaan tidak boleh dituduh 100% ,mungkin peluang itu pernah datang tapi dalam bentuk yang kita tak nampak .itulah ,perkara yang paling menyedihkan .

dan aku rasa aku mengalami simptom tu hari ini .aku terpaksa terima kerana aku pernah men-sia2 kan peluang itu dulu .aku harap ,keputusan yang dibuatnya adalah betul dan memberi gembira .

HOPING AND WISHING YOU THE BEST IN NO MATTER WHAT ,FRIEND .

Wednesday, June 17, 2009

it all about money ,dude !

zhana zulkifli kata

" DON'T CALL ME HONEY ,IF YOU AIN'T GOT NO MONEY "


boleh percaya ke bila orang kata tanpa duit manusia boleh bahagia ?mereka kata dengan kasih sayang kita boleh beli beras guna air liur ,ok tipu .yang tu aku yang kata .but it's a fact right ? kalau tak percaya ,tengok cerita RADIT DAN JANI .jangan salah anggap !aku masih belum menukar profession kepada promoter berjaya ,aku masih teguh as future engineer (?!) .sekadar memberitahu .normal lah manusia akan letak semua kata2 yang best2 sahaja dalam usaha nak dapatkan sesuatu yang memberi manfaat pada diri mereka2 .bila dah dapat ,longgok2 dalam tong tak pun dalam jamban tak pun kat playground tak pun dalam handbag GUESS dila atau sling bag MNG meroh .

aku percaya dan admit aku memang tak dapat hidup tanpa duit .jadi ,jangan nak menyalahkan perempuan2 bila diorang demand nak laki yang bapak kaya ,punya kereta besar bas ,rumah banglo yang boleh muat cucu cicit or whatever lah kan .siapa yang nak hidup merempat ,merempit ,terkepit ,tersepit ,makan pakai chopstick .ok ,yang last tak ada kaitan ! .


lil wayne pun pernah kata

"IF YOU AIN'T GOT NO MONEY ,TAKE YOUR BROKE ASS HOME"

see people ! bukan aku jek cakap :)

Sunday, June 14, 2009

youngster becoming older




never admitting that i am a fashionista and such a photography freak like most girl did .it all because i don't have a cool groupie snapping some photo at pavillion and i haven't got any shopping-to-do-list .


(i)i never wish a MARC JACOB handbag from my parent .
(ii)i'm not an 0 size girl to wear KARL LAGERFELD clothes .
(iii)no JIMMY CHOOS shoes that can fit well with my feet .
(iv)i don't have a lot of money to fill in every compartment of HERMES purse .
(v)i can't effort any BOBBY BROWN make up tool to have a dolly look .

so people ,do except me the way i am and one thing for sure you can't change me for whom i am .

Thursday, June 4, 2009

pergi sudah satu penting dalam jalan hidup aku

from left :zhana zulkifli ,aimi roslan ,annati rosmadi

semalam aku selamat sampai dari kampung aku ,jerantut .kepulangan aku kali ini agak kelam kabut sebab terpaksa pulang kerana satu berita mengejutkan .yang pastinya ,bila aku ke sana tiada lagi insan yang disuruh membeli sabun basuh ,dibawa pulang soflan .bila malam mendatang insan itu bersedia turun naik tangga ,bimbang ada certain pintu rumah tidak dikunci selamat .juga tiada lagi insan yang sering bertanyakan perihal sama tapi dalam struktur ayat yang berbeza ,lucu sekali .

berbeza sekali kepulangan hari itu ,bila keadaan rumah yang sunyi tanpa hilai tawa seperti sebelumnya .yang kedengaran hanya alunan ayat suci Al-Quran di hadapan sekujur jasad yang kaku serta pucat tetapi masih tenang sekali fizikalnya .itu sudah pasti ,esoknya pertemuan terakhir aku dengan insan itu .sebelum dikapan kan ,aku sempat mengucup dahi dan pipi insan itu ,semua kerana aku tidak sempat berbuat demikian sebelumnya ,kesal tak payah cakaplah .waktu itu ,esakan dan tangisan orang2 yang mengenali insan tersebut begitu riuh ,semua kerana kebaikan insan itu sewaktu masih bernafas .

apa yang paling menyedihkan ,hari pengebumian itu pertama kalinya aku melambai insan itu pergi yang mana sebelumnya dia melambai aku pergi .Al Fatihah buat arwah tok wan aku ,Basharudin .aku pasti merindu cara tawanya ,habitnya selepas minum air serta uniformnya yang lucu bertuala tapi berstokin .

I WILL MISS YOU TOK WAN .

Wednesday, May 20, 2009

aku dah tak ade idea nak ber-write

walaupun sebelum nya aku selalu mengisytiharkan time balik rumah ,ada lah waktu membosankan .tapi kali ni ,agak2 beza sikit bila ditemani cousin aku yang bodoh ,aimi .berwarna lah sikit hari2 aku .pertemuan yang teramat susah untuk diaturkan dengan seseorang yang aku ingin amat berjumpa ,berjaya dilangsaikan .walaupun tak sehebat mana bila pertemuan itu dicalarkan oleh sejenis "haiwan" yang agak2 boleh diklasifikasikan yang tidak dapat bawa masuk majlis .

aku paling pantang dengan menda2 macam ni .kalau guna peribahasa melayu "lebih sudu dari kuah" .aih ,bosan aku dengan manusia macam2 ni .harap2 sebegini rupa dapat diluput cepat2 kerana mereka saja yang berlagak "dia paling best" .

Sunday, May 3, 2009

till we meet again people .





sepanjang aku berada di utm ni ,2-3 hari lepas aku boleh kata kegembiraan berada di paras maksima .walaupun aku membuat tindakan berani mati dengan keluar bersuka ria tak ingat dunia hingga ke malam di Midvalley sedangkan esoknya ada paper industrial electronic .sumpah ,itu kali pertama aku jadi begitu .tapi aku tetap gembira walaupun aku tidak dapat menjawab paper itu dengan sebetulnya pada esoknya .perihal sama berlaku juga pada rakan2 aku yang lain yang sedia bertungkus lumus tidak tidur 2-3 malam study ,the result just the same as mine yang study last minute .just my luck i guess .hoping the grade will decrease a bit . haha :D

hari seterusnya selepas tamat paper industrial electronic aku keluar lagi .kali ini ke area Low Yat untuk berkaroake sampai suara serak2 sexy .sebelum itu singgah di pavilion untuk berjumpa dengan kawan meroh dan shudec ;anip and haq .beside ,meroh nak beli handbag MNG .aku ?cuma terkebil2 biji mata walau ada yang berkenan .sedang menjerit2 menyanyi lagu Ne-Yo tapi diremix jadi macam lagu The Black Dahlia Murder ,seorang lagi rakan yang aku kenal sewaktu terserempak di pantai batu buruk ,join sekali tho dia sangat malu untuk menyanyi bersama ;superkenen .oh lupa hendak memberitahu ,sepanjang tempoh keluar dua hari ini ,kami segak meluncur bersama Honda Jazz .kelisa aku dah aku lepaskan berehat dalam kolam .

semalam hampir2 aku mengulangi tindakan berani mati aku dengan mengajak rakan seperjuangan si meroh untuk ke pipiteer di times square ,tapi tak jadi sebab dia masih di Seremban .nasib baik ,kalau tidak matilah aku nak menjawab esok .paper pagi kot babe ! :)

hari ini ,semua dah tamat .aku bukan lagi mahasiswi UTMkl ,Insyaallah .tirai ditutup dengan sesi bergambar bersama budak kelas yang gaya tak mahu kalah ANTM .tapi tapi kami group LLA akan melepak bersama malam ini buat kali terakhir barangkali ,tu pun sebab ada bajet2 lebih robotik hari tu .apa2 pun aku akan rindu engkau2 semua kelak ,tho banyak celaka yang kita semua face before this .but let bygone be bygone ,nothing to be regret of because from you ,her and him i learn how to handle myself in some stupid situation .

lastly ,thanks for being there for me .i heart all of you .till we meet again FRIENDS

Saturday, April 25, 2009

socialising ,shopping ,studying and enjoying ,come together in package.hilang satu tidak sempurna sudah

"kala memetik jari berbaladakan masa ,berlalu pergi satu ketika "
zuhana zulkifli

some say it is time for me to say goodbye ,a time to drop beads of tears ,waving my hand up in the sky symbolizing as "till we meet again" ,snapping some cool pictures with friends and lecturers keeping as memories ,packing and arranging my stuff into begs and boxes ,jot down ;the address,phone number ,mailing address on a piece of paper to keep the bonding between me,her,him and you stay strong .

it's true i can't wait for 4 may to come ,other way around i deadly want those time passing me slowly .one thing for sure i will miss KUALA LUMPUR ,a place where i spend almost 3 years with lotsa bitterweet memories .but it won't stop here ,my journey still far ahead to be taste ,to be feel .

p/s : bye bye UTMKL .

Thursday, April 23, 2009

promote diri sekali sekala macam jualan ikan pada kadar rendah dekat Tesco tak pe jugak

selalu merasa aku kembar mary-kate olsen,yang pastinya aku
zhana zulkifli



bangganya mengumumkan aku dah tukar headline myspace aku "jangan tanya orientation sex aku" sebab timbul sedikit kekeliruan bagi golongan yang hendak menambah dan tak kurang ada yang bendul2 sikit anggap aku tak straight/bisexual/lesbian .come on it just words people .sekarang aku dah tukar headline tu jadi "i keep chasing after him ,while he keep stalking another girls" ,baru nampak macam perempuan menjurus ke-obsessian terhadap lelaki ,aku tukar headline tu khas untuk orang yang imiginasinya terlampau wild dan out of the box .

aku nak kurangkan kontroversi sebab nanti orang kata menggedik ,aku malas nak jawab persoalan2 papparazi (bukan papa kepada razi pastinya) yang bakal timbul dan akan jadi front page kosmo esoknya .paling tak nak jadi buah mulut mama juwie sebab aku anti majalah mempelam a.k.a majalah photoshoot tepi/dalam kolam ikan air tawar eh eh kolam renang .

periuk/sizuka : baru aku sedar OLIVER SYKES tu hot habis melecur


Sunday, April 19, 2009

kalau orang lain boleh jiwang2 berbunga ,aku pun boleh jugak jiwang berbunga taik ayam

zhana zulkifli bertopengkan muka wanita gatal/desperate

"do you know that ,you are the person i've been looking for
the patterns that fit in my love puzzle,you are not just a
queen,
but a part of my life ,my precious"

engkau2 jangan panggil aku freak ke apa ,hobi aku suka simpan benda2 macam atas ni yang diberi opposite sex yang dulu relate rapat dengan aku .kau tahu macam mana aku suka karangan2 atas neh walaupun aku rasa nak tergelak ,rasa malu pun ada .terjiwang kot bila mood aku jatuh cinta kat opposite sex .kalaupun dah lama berlalu and dia pun agaknya dah lupa macam mana bentuk muka aku bila terserempak kat pasar ikan ke pasar buah ke watson ke (?!) ,tapi no worry takkan tiba2 muka aku jadi Leighton Meester .whatever kau nak kata lah kan .

apa yang aku rasa sekarang ,i just wanna bump into him someday and talk about ourlife and whatsoever .do you know how i miss that things .dem you (100x) ! tinggalkan aku .memang kau menyesal sampai kau beranak ,ok aku tipu sebab engkau laki mana boleh jadi pregger .dah dah ,jangan nak kata kau dah tukar jantina sekarang .

aku dah sampai tahap emo melampau sebab esok aku ada paper robotic .and its final babeh ! walaupun dah ada skema jawapan ,tinggal nak hafal saja .tapi aku memang chuak habis sebab otak aku agak lembap menghafal .doakan aku kawan2 :)


p/s :ada siapa2 nak jadi boyfrend aku ?

Thursday, April 16, 2009

biar lambat asal selamat ,apa yang penting ?orientation sex aku masih straight ok .

oke ini adalah tuan blog yang suka lambai2 tangan
dan bajet ketiak dia best


tuan blog ni suka buat gaya sakai sebab bajet dia dalam
ANTM padahal masuk model agency pun tak pernah


mata tuan blog paling kecik dan orang pernah panggil dia pucca

mempunyai sepasang kaki yang pendek dan gemok
petanda dia sangat suka jalan2 buang masa


blur2 dan confuse memang dia handal dan sifat semulajadi

sangat jelas terang dan nyata dia yang paling pendek tapi perasan
cute
oh dan kami bakal buat album soon (?!)

suka posing lebih2 lah kan bajet ada paparazi membontoti
dia lah tu

kawan baik dia dan gf dia ,okeh orientation sex dia masih straight

ini gf2 dia yang lain,pesanan for lynn
"hati2 dengan kepitan mu"

aku tahu walau macam mana pun aku ,you guys still accept me the way i am .sebab tu aku sangat2 happy bila dapat melancong bersama engkau2 di tiga tempat iaitu pantai california ,miami dan new zealand .ok ,semua readers jangan jelaous sama kami .sebab tuan blog memang suka buat cerita2 dongeng dan tipu .fikir sendirilah :)

di samping itu aku nak bagitahu yang aku sekarang dah jadi girl home(?!) walaupun mak aku selalu membebel kaki aku tak melekat kat lantai rumah bila balik dungun .oh mummy ! your daughter having a grown up process now .jangan beli paku banyak2 ye !

Thursday, April 9, 2009

kalau setakat bangga dengan harta mak bapak .baik tak payah .tunggu sahaja bila kau dah bekerja ,baru ok show off!

ini posing terbaru kata shudec .ini posing tutup kebuncitan kata zhana zulkifli

2-3 hari ni ,tahap ke-tensyenan aku semakin meninggi melepasi paras bahaya ,gara2 assignment serta final projek yang melambak .aku dengan bangganya nak memaklumkan kesemua final project aku hampir selesai dan ada juga yang dah selesai iaitu bagi subjek robotik .hanya berbekalkan modal sebanyak RM150 ,aku dan ahli kumpulan aku berjaya menghasilkan applikasi yang menggunakan sistem robotik .walaupun tak seberapa macam projek orang lain yang mencecah ribuan ringgit tapi ahli2 kumpulan bertelagah sama sendiri ,masam muka sana sini ,adalah bagus lagi kami2 yang rendah diri ini.

ketensyenan aku bertambah lagi ,bila mendengar cerita2 tentang orang2 sekeliling aku yang gemar bangga dengan harta benda mak bapak atau bf2/gf2 diorang yang bawak-kereta-mewah-milik-parent-diorang .tak tahu apa nak dibanggakan ,tak ada story melecur yang lain ,barangkali .tak cukup dengan itu ,golongan2 ni sibuk duk canang perihal bukan2 serta keburukan pihak yang di"aim" kerana tahap kejelesan yang sangat maximum .alahai ,bodohnya engkau .aku malu berada di kalangan engkau2 ,tapi ada sesetengah yang bangga memeluk dan memuja engkau .yang ini lagi double bodoh .apa nak jadi ?

btw,
aku pun guna juga harta mak bapak aku, tapi aku tak membangga .bukan macam engkau ,mengata harta aku tapi engkau sendiri menjejeh air liur hendak memegang harta aku.shame on you bloody people !

Monday, April 6, 2009

malas nak tulis tajuk ,bukan penting pun .

inilah keadaan table study dalam bilik aku kat college

kolot sangat ke kalau perempuan suka pakai baju kurung ?terus terang aku kata ,aku kalau ke kelas rasa sangat selesa kalau pakai baju kurung .lepas tu adalah comment tak membina datang macam "rajin nya kau pakai baju kurung" atau "tak rimas ke pakai baju kurung" atau"kenapa pakai baju kurung " .weh suka hati aku lah ,nak buat macam mana aku ada beratus2 baju kurung dalam locker ,takut2 tak sempat pakai semua dalam masa 3 bulan ,sebab tu aku pakai baju kurung hari2 .


lepas ni ,jangan tanya lagi kenapa aku suka pakai baju kurung sebab aku malas nak membazir air liur jawab sebab sekali aku jawab ,lain kali nampak aku ,kau tanya soalan sama .aku bukan budak tadika yang rajin je jawab apa orang tanya .kalau nak sangat bertanya ,kau tanya lah dinding sebab dia tak akan marah walau berjuta kali kau tanya .kalau tak percaya ,trylah .jangan lupa mencuba ! :D

Sunday, April 5, 2009

pernah ke aku peduli orang nak kata apa ,aku selau ikut diri aku sendiri .malas nak layan apa orang lain kata





zhana ,merosxx ,shudec at pavi and klcc

siapa kata budak last year tak boleh enjoy sakan ?instead kena butakan mata mengadap buku yang dibaca tapi tak faham2 sampai bila2.come on lah ,zaman batu mana lah kau hidup ni ? bagi aku time ni lah kita nak spend time dengan kawan2 yang kemungkinan besar tak kan kita jumpa di lain2 masa kelak .

lagipun siapa lagi aku ada kalau bukan mereka2 .btw ,aku nak khabarkan kepada engkau2 yang pernah baca entry aku terdahulu bahawa aku tak rasa semua azam tahun baru aku akan menjadi ,terutamanya satu azam yang hendak aku tunaikan sebelum birthday aku dan azam untuk menjadi semakin comel juga kemungkinan aku keluarkan dari list itu ,sebab aku rasa aku semakin buruk dan untuk mengumpul baju2 boho chic juga kena tolak jauh2 sebab duit dah kering .

ada siapa2 boleh tolong ?tapi tolong jangan bagi number ah long untuk pinjam duit atau suntik botox atau sugar daddy.aku tak nak mati awal .