Wednesday, October 29, 2008

WUJUD KE GADIS MELAYU YANG SEMPURNA ?

pernah tonton gadis melayu ? ade seseorang yang aku kenali di situ .hendak tahu siapa dia ? identiti nya terpaksa aku rahsiakan demi tidak dianggap lahanat yang gemar intip hidup peribadi orang lain . tiada tahu-menahu aku mengenai rancangan realiti ini , selesai dikhabarkan oleh seorang teman ,aku cuba-cuba juga merisik rancangan itu.ya ! memang betul itu dia ,tetapi agak berbeza dengan solekan tebal di tempek dan ditampal moga kelihatan cantik , menawan dan bakal dipuja puji kelak .kadang - kadang tertanya juga apa tujuan asal rancangan ini ? setahu aku perempuan yang aku kenali itu tidak lah menepati gadis melayu yang pada pandangan aku , mereka tahu adatnya , tutur katanya di kias indah , jauh sekali mahu menempel dan terlihat melampau mesra dengan si opposite sex .tiada langsung niat untuk mengata , tetapi hanya berkata benar berlandaskan realiti yang berlangsung.