Friday, November 18, 2011

TWITTER !!!

gambar hiasan

dah lama dah tak update blog ni .bukan setakat bersawang ,berhabuk malah bertaik cicak segala .ok ,tu bunyi jijik sangat .alaa ,lagi pun era blogging ini pun dah semakin tenggelam .orang lebih peka dan concern dengan vlog si Mat Lutfi ,Najwa Latiff nyanyi dekat AIM dengan Greyson Chance ,isu marriage si Kim.K yang lasted less than Sara Jessica Parker face ,Fasha Sandha pakai dress bareback ala ala baju Jenifer Lopez ,heboh pasal peterporn ok yang itu dah lama ,pasal Lady Gaga is satan worshipper dan itu lagi so last year .but i took no glance at those .daripada i kecoh sana sini bercerita perihal orang yang tak pernah kenal siapa kita dan tak pernah tahu yang tentang kewujudan kita selama 23 tahun ini ,adalah baik kalau i bercerita pasal i dan umat sekeliling i .

so far ,tak banyak pun yang berlaku kebelakangan ini .masih orang yang setia yang sama ,masih pengkhianat yang setia mengkhianat dan masih yang tertindas akibat sogokan pelbagai kisah dongeng dan tidak benar belaka .dan semenjak dua menjak ini ,i makin cuba menghindari diri daripada menghadap Facebook sepanjang masa ,masa tu dihabiskan dengan tengok wayang ,berkaroke dan Twitter .formspring ?apa formspring ?FORMSPRING ?no comment .dan sememangnya i lebih eksaited nak bercerita pasal Twitter hari ini .hehe .

i mula ada Twitter like a years ago kot tapi tak bergiat aktif sebab time tu kan orang masih gila dengan Facebook dan tiada lagi kewujudan sistem yang diperbaharukan .yang mana sebelumnya ,segala privacy still remain private and not meant for stalking .time tu boleh kira dengan jari je la ,berapa orang jek manusia yang dikenali bertweeting .follow pun ,follow artis jek .follower tak payah cakap la ada berapa belas orang je dan sekarang pun tak banyak .tapi i tak kisah pun sebab sesungguhnya i menggunakan Twitter untuk mengetahui isu-isu luar dengan lebih pantas .yeah ?

tapi sekarang ,dah lain fungsi Twitter .apa yang dapat i lihat adalah Twitter merupakan medan untuk kaki-kaki menganjing ,membahan orang yang tidak disukai .alaaa ,tak payah tipu kalau nak mengaku yang you semua tidak pernah membahan siapa-siapa kat situ .the best part is ,adalah seronok untuk membahan artis-artis yang agak-agak yang kurang digemari .tak begitu wahai Twitter user ? .btw ,ada juga artis atau golongan ternama yang sudi untuk meng-reply tweet yang dihantar .bukan kah bagus begitu ?boleh merapatkan silaturrahim hahah .kalau nak jadi stalker tu ,cam tak best sangat la sebab Facebook lagi fasih hiks .

jadi pada pendapat anda apa kegunaan sebenar Twitter ?logik dan wajar kah untuk dimiliki setiap insan macam ala ala kejelitaan adalah hak milik setiap insan ?