Monday, May 31, 2010

it's over my dear




dah ditakdirkan kita tak kan bersama ,dah ditakdirkan kita bukan sehati sejiwa dan dah ditakdirkan kita bukan romeo dan juliet .bila mana diri kita dibuang ,tiada lagi siapa2 untuk mengutip kita ,berdiri bersama dan berlari di tahap laju yang sama .kalau dulu kita berlari seiring ,hari ini you dah sampai di garisan penamat dulu .bila ditanya "kenapa tinggalkan i?" you dengan sambil lewa dan bangga menjawab "ada seorang yang istimewa ,tunggu i di garisan penamat" .


terguris ,terluka dan remuk perasaan seorang perempuan yang bernama "i" ,i teruskan larian ke garisan penamat ,dan sekali lagi i kecewa bila tangan you memegang erat seorang perempuan yang bak bidari ,putih melepak bak snow white ,senyuman dicalit oleh bibir merah bak delima, dan hidung mancung bak parang potong daging .i nampak eksperesi wajah you ,yang you sangat bangga ada seorang kekasih seperti bidadari .tapi tak mengapa ,i pun happy tengok you bahagia walaupun hati i dah bertukar menjadi habuk dan berselerak di merata bumi .


hari ini ,i sekali lagi marah pada diri i kerana terlampau menginginkan you di dalam hidup i ,sedangkan i pada you hanya seorang yang akan sentiasa ada dekat dengan you bila rasa diperlukan dan bukan nya kerana sayang dan perasaan memerlukan i untuk melengkapkan diri you .i sungguh kecewa dengan you ,kerana tidak berani untuk beritahu i perkara sebenar yang i tersangat ingin tahu .


tapi tak mengapa ,
malam ini i berjanji yang i takkan ada lagi untuk you ,kerana you tak memerlukan i di saat you di gunung sana dan jangan fikir you boleh cari i di kaki bukit lagi .kerana sekali i menoleh daripada you ,selamanya i takkan berpatah balik .


jangan bimbang sebab kali ini ,i betul2 akan pergi .i bukan lagi orang berada di sebelah you ketika you memandu ,i bukan lagi orang yang akan menyentuh rambut you ,i bukan lagi orang pertama yang you akan tanya color apa yang sesuai dengan rambut you ,i takkan cakap lagi apa baju yang perlu you pakai ,i takkan tanya ke mana you akan pergi malam ini dan dengan siapa you keluar , i bukan lagi orang terakhir yang ucapkan selamat malam sebelum you pergi bersama mimpi malam , i takkan tanya lagi samada you sudah bosan dengan i dan i takkan bertanya kenapa pesanan i tidak berjawab selama i menunggu dengan penuh harap .


maaf .i wait for you for too long and here i am standing in a long pause with no answer .


DAN HATI I BENAR-BENAR PECAH SEKARANG .



2 comments:

Feng said...

hey.

ayunimadarina said...

oh best. jgn cari i di kaki bukit lagi.

oh yes, thats my girl.

:D