Tuesday, March 3, 2009

aku rasa hendak makan orang hari ini ,kalau tak dapat bahagian daging ,part tulang pun jadi .kalau jual pun manyak untung maaa !

aku memang rasa tertekan yang teramat sangat sekarang
yang sudah ke tahap maksimum juga


apakah aku mengalami perubahan hormon yang ketara
tidak .

menghadapi pms
tidak.

ada orang curi deodoran yang aku baru beli 2 malam lepas
tidak.

ada perempuan gatal tackle boyfriend aku
tidak. (aku tak ada boyfriend ,mana mungkin kebarangkalian ini wujud,bodoh !)

setelah berjam2 berfikir aku rasa aku dah dapat jawapannya .mungkin sebab peristiwa petang tadi .aku beli jemput2 pisang seringgit kat mak cik cafe dalam keadaan terpaksa sebab tak boleh beli kat luar ,kelisa aku rosak .so tak dapatlah menunggang .

what a surprise !
jemput2 pisang tu langsung tak ada seperti rasa yang sepatutnya ada ,tapi lebih kepada rasa cucur udang yang tak ada udang .oh ,perasaan aku tak payah tanya ,memang bergelodak sakan .bukan sebab aku berada dalam keadaan yang tersangat lapar ,tapi mungkin simptom rindu rumah ,kampung halaman aku di dungun dah menjelma .

oh mummy ku sayang !aku rindu jemput2 pisang yang dibuat mummy .yang bila aku makan masa panas2 memang melecur lidah aku sebab kandungan pisang yang masih cair kat dalam ,barangkali sebab terlampau banyak pisang .ya ,zhana zulkifli memang gelojoh/pelahap/tamak .


aku juga rindu pada sup ikan mummy
buat pengetahuan engkau2 .if kat kl memang aku jarang nak sentuh makanan berasaskan ikan
mungkin atas dasar di tempat aku ,ikan2 yang terjual adalah fresh2 .
betul aku tak tipu .

betul ni .

pernah satu pagi aku ikut ayah aku pergi jogging ,time tu memang nelayan2 berpusu2 naik ke darat bawa hasil .fuyooo !gila fresh ikan dia ,masih bernyawa pun ada .part yang tak bestnya ,aku juga jadi mangsa lari2 balik rumah ,ambil duit and kereta pergi ambil ayah aku kat situ dah lah lembu banyak pagi2 ,aku pula gatal pakai baju merah .memang cepat je aku sampai rumah .

this is not fair daddy !

tapi betul ke kata orang ,kalau kita pakai baju merah ,maka kita akan dikejar lembu .siapa2 boleh bagi explanation tak ?kalau berjaya ,aku akan bayar engkau2 dengan seekor ikan merah yang besar lagi fresh ,dihantar terus ke rumah engkau dengan kadar segara tanpa cas pos .

betul atau ke tak aku hantar belakang kira lah ,takut abang2 posmen dah ambil ikan tu buat sweet sour
.


sebenarnya ,aku tak tahu apa tujuan asal entry ini ditaip hari ini .barangkali ,aku cuma nak mengumumkan ,bukan umum hari raya tapi mengumumkan esok malam AKU BALIK DUNGUN !


p/s:tak sabar nak jumpa you apiq ,nak geledah2 nikon you .hari tu nampak i kat kedai makan depan uitm bukan nak tegur ,takut silap orang konon . haha :) .juga *anak2 aku di rumah tunggu mama balik ya !



*anak = anak kucing

12 comments:

nafasdunia said...

nk ikottttttt...

waa...!

tp famly aku sume kt kl now.

ape jadahnya pulang?

sbb chenta aku kt sane..

hah.
zhana. aku mmg da sewel ;p

maira.adreanna said...

oh tidak. aku nak ikot blk terengganu jugak. but sabtu ade ujian computer. sobbsobb. rindu rumah kuuuu ;(

Lynn Honeym said...

hee selamat pulang ke terengganu tercinta.


:)

zhana said...

ayu : gedik lah anda

meroh :you kan suka duduk di kl

lyn :doakan keselamtan aku pulang ke kampung :)

J MAIDEN said...

betul lah kate org.
kita kena berjauhan dengan orang yang kita syg untk smentara.
supaya raa rindu tu mula muncul,
memori memori manis mula melewati kita.
then only when can really appriciate our loved ones. :)

coKELat said...

owh zhana.
nak blk ek?
meh dtg cni meh.
leh tangkap gambar byk2 lg.
haha.

selamat sampai ok.

zhana said...

j maiden : that for sure babeh

dila : heheh .yepp aku nak melawat ke gedung2 yang menjual selendang cantik .nak lawan mu . ahah :D

Ahmad Azrin Aziz said...

hah, gua dah nampak lu dengan kawan lu dekat depan pintu utama kss.. lu tengah pikul beg besar.. dekat2 dengan pondok pak guard.. dalam pukul 6 lebih2 tadi..

ooo rupa2nya lu nak balik kampung..

apa barang lu balik kampung cuti 3 4 hari je..

hahahaaa.. :)

Atira. said...

wah bestnya!

tepi laut ke?

Sharifah Amirah said...

oh mannn...jgn sebut pasal balik rumah! ak rindu gilaaaaaaaaaaa Malaysiaaaaaaaaaaa

hua hua hua!
nk nasik lemak ngn murtabak laaaaaaaaaaa

huhuhu.!!!!

Ahmad Azrin Aziz said...

eh bukan kss tapi ksj.. :)

zhana said...

ahmad azrin aziz :apakah tak fair lah .kau nampak aku . tapi aku tak tahu cam mane rupa bentuk kau

tira :yes umah i depan rumah

mira : sabar yekkk ,kat sane best jugak kan ? teringin nak jalan2 luar malaysia