Wednesday, March 25, 2009

nama pun artis memang ah kau gleme ,kau makan ais krim tepi longkang pun jadi isu

takkan jumpa dia kat luar ,ini zhana zulkifli

time aku belek2 gambar untuk diedit aku terjumpa sekeping gambar mummy dan daddy aku pada raya tahun lepas .segala kedut2 pada wajah mereka aku buang ,hampir2 flawless dan seakan2 mereka kembali ke zaman muda2 dulu ,barangkali seperti sebelum aku dilahirkan .

terfikir aku ,kan best kalau semua benda2 yang tak pernah terlintas dalam fikiran kita untuk terjadi dapat dipadam dan diedit2 dengan menggunakan software2 canggih ini .mungkin dengan cara itu ,sekecil2 penyesalan dan perasaan serba salah tak akan pernah wujud dalam diri aku dan engkau2 .tapi betul ke best ?barangkali manusia akan menjadi lebih bodoh ,dan sering melakukan perkara yang sama walaupun sudah sedia tahu akan akibatnya .

kalau dapat dipadam sekalipun ,bukan 100% pastinya .come on lah ,kalau engkau kata boleh ,cuba mengaku pada aku yang engkau sudah pun melupakan ex-bf/gf kau yang terdahulu dengan sepenunhya .katakan engkau tidak pernah langsung rindu pada dia ,tidak pernah untuk menekan button call atau menghantar sms pada nama dia sewaktu engkau scroll contact number dalam handphone engkau .itu normal .semua pernah rasa ,semua pernah tahu .

macam dalam movie benjamin button .setelah lama benjamin tidak berjumpa dengan daisy ,daisy mengatakan benjamin kelihatan semakin muda dan diri nya semakin tua .benjamin membalas ,dia hanya muda pada luaran ,tidak pada dalaman (jangan fikir benda lain) .sayang dan cinta dia pada daisy masih sama dan takkan berubah .


itulah manusia tidak mudah lupa pada sesuatu yang mereka suka .



motif entry :nak bagitahu aku susah lupa pada opposite sex yang handsome ,yang pernah aku kenal

Saturday, March 21, 2009

siti nurhaliza bercerai dengan datuk k sebab dia ada love affair dengan brad pitt ?biar betul .


gambar di atas menunjukkan kebosanan aku

hari ini aku jadi budak yang sangat baik .it is weekend babeh .but here i am ,sitting in my room doing nothing ,online hampir separuh hari walau wifi macam bodoh ,tengok movie yang dah lama berkurun dalam D aku tapi belum tertengok sampai laptop aku dah bagi warning buat back up file,google pasal camera lah .ingat malamnya boleh berparti liar dengan meross ,tapi dia ada job dengan celcom pula kat suburst .hancur impian aku .


it just plain me .
tiba2 ,teringat cerita dulu2 .

time sekolah dulu best kan ?alah zaman kita pakai baju semua sama(uniform sekolah) . mana ada topshop/topman ,zara,mng,forever21,fcuk,roxy .paling2 otai pakai converse pergi sekolah ,konon cool tapi tak sejuk pun .aku bukan nak show off ke apa ,tapi aku sering berkawan/tergolong dengan geng2 yang popular .aku tak memilih ,kami mungkin dipertemukan untuk jadi kawan .betul ,langsung tak ada diskriminasi ,pengkid ,tomboy ,perempuan normal ,nerd semua aku sapu .

daripada zero mula kenal erti kawan sampai mati bukan macam sekarang yang mana tikam kawan dari belakang sampai mati .dalam berkawan ,banyak benda2 bangsat juga yang aku ceduk dari bergaduh ,memaki hamun dalam pelbagai bahasa ,memprank kan cikgu yang ada bini tapi masih gatal ,merebel2 kan diri dengan parents ,cari pasal dengan polis yang sibuk membela sepupu sepapat dan tak ketinggalan buat bajet best depan opposite sex yang hot .seronok ,i tell you .

tapi tak lama ,disebabkan kebodohan dan kealpaan diri kitaorang sendiri yang mematikan ke-happy-an kami2 .karma barangkali .tapi kami tak kisah ,kami still kawan sampai bila2 walaupun sekarang dah senyap tanpa khabar berita dan masing2 jaga tepi kain sendiri (?!)sedih ,i tell you .

aku ?walaupun aku join buat dajal2 tapi jenayah2 maksimum aku tolak tepi ,aku sekadar pelakon tambahan pun dah cukup . aku tak nak menyusahkan mummy dan daddy aku ,cukuplah pernah sekali aku buat .

lastly , ada juga souvenir yang aku dapat dari alam persekolahan yang digelar "pengalaman"

engkau ada ke ?

p/s:ini semua berkisarkan kehidupan sekolah aku dari form 4 sampai form 5 .nak cerita dari tadika tak larat aku nak menaip ,tunggulah aku ada duit macam natasha hudson ,aku keluarkan buku sendiri tapi for sure bukan buku fairytale ,apa kes ?



Wednesday, March 18, 2009

orang kata kita tak boleh tangkap gambar kucing ,nanti dia cepat mati .tapi betul ke eh ?


oh yea ! ini cerita ini tentang era muzik zaman dulu2 ya.
it all about rockstar and rock and roll babehh .
plus ada cerita pasal THE BEATLES and SEX PISTOL tau !
p/s:ini memang zhana zulkifli ,mata nak bagi nampak scary/mysterious sket

"MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU"

apa maksudnya ?
sambil membaca kita meniti sebuah jambatan yang dinamakan ilmu ke ?



bukanlah .



itulah motto zaman sekolah rendah aku dulu .tapi haram murid2 dia nak patuh motto tu ,dulu kalau ada pertandingan membaca atau projek nilam .semua pakat serbu library ,time ni lah pengawas library yang selama ini tak-pernah-menjalankan-tugas ,akan bertungkus-lumus mengemas buku atas rak ,uruskan hal peminjaman dan pemulangan .by that time,semua manual mana ada scan2 barcode macam sekarang .now ,semua nak senang ,pekerja pun makan gaji buta (!?).orang2 yang gila nak menang tu pun satu ,bukan baca pun buku yang dipinjam ,sekadar menyalin nama author ,publisher ,character and sinopsis je ,eh eh macam mana aku tahu eh (?!) .

abaikan .

next please !

dulu lain ,sekarang lain .aku pun salah seorang book lover bukan book worm ye .bagi aku book worm ni orang2 yang obses pada buku pelajaran dan book lover adalah sebaliknya .aku bagi example lah(book lover),aku suka baca majalah2 yang berbentuk hiburan seperti HOT ,SEVENTEEN ,LIME ,ROTTW ,JUNK dan bagainya tapi tak suka baca buku ELECTRONIC DEVICES AND CIRCUIT THEORY ,COMMUNICATION ELECTRONICS ,ALGEBRA ,CALCULUS ,MANAGEMENT ENGINEERING ,CONTROL SYSTEM ,ETIKA PROFESSIONAL ,nak aku bagi nama author sekali ke ?tak payah lah ,bukan sedara mara engkau2 pun .

novel ?suka juga ,tapi tak sangatlah .disebabkan schedule aku yang terlampau padat serta kehidupan sebagai seorang mahasiswi di IPTA yang mana merupakan tempat suka-suki-lecturer-buat-test-time-weekend wujud dan jadual pembelajaran yang tidak teratur.so,untuk menghabiskan sebuah novel mengambil masa yang agak lama ,kadang2 aku pun lupa macam mana starting cerita tu bila dah sampai di helaian tengah novel terbabit (!?)


genre apa ?semua boleh ,dari komedi,love story ,horror ,adventure ,semua aku telan .pasal mak limah jual sayur sambil gosok gigi pun aku baca (!?),okey aku tipu ,mana ada buku macam ni .

novel inggeris yang berunsurkan love story ?mestilah favorite, sebab jalan cerita dia agak unik dan diffrent daripada novel2 yang dipublish sebelumnya ,tho author yang sama .

apa ?ada part 18 PL ?memang lah ada ,tapi nak buat macam mana ,nama pun orang putih .tak payah lah kau berfikir lebih2 dan cuba diapplikasikan .sekadar bahan bacaan ,tak perlu diambil serius .ok, dah boleh stop buat muka gatal2 ya ,wahai pembaca2 .


tapikan ,
amboi amboi amboi(nada azwan ali) ,tak payah nak tipu aku lah ,novel melayu lagi orang putih dari orang putih .bukan aku nak mempertikaikan novel melayu ,tapi memang betul .

betul tak tipu .
lagipun jalan ceritanya lebih kurang sama dan terlalu typical dengan novel2 yang telah dipublish terdahulu tho author yang berbeza.harap nama hero/heroine dia je yang panjang tapi sedap didengar menjadi daya penarik ,juga bakal jadi sumber-inspirasi-untuk letak nama bila dapat baby baru ,bagi aku lah .lantak engkau2 lah nak kata apa .



dahlah aku malas nak membebel panjang ,nanti keluar isu lain pula ,tak pasal2 aku kena serang dengan pihak bertanggungjawab .

tak nak I .awwwww~


AKU ADA TEST INDUSTRIAL ELECTRONIC ESOK .DOAKAN KEJAYAAN AKU .


p/s:pernah kawan aku tanya bila aku akan baca novel melayu ,tak sempat aku jawab dia dah jawabkan .nak tahu jawapan dia ?.ok lah tak payah merayu ,aku bagi jawapan dia sekarang "BILA ENGKAU BERCINTA YA ?" .aku diam sahaja,kelu barangkali .

Sunday, March 15, 2009

esok aku harap aku jadi cantik macam katy perry dalam video clip thinking of you .tapi sebenarnya aku nak duduk sebelah kyle XY

nampak cool color pic ni kan ?(lantak engkau lah nak kata apa) .baru aku tahu keajaiban PHOTOFILTER .
p/s:ini memang zhana zulkifli ,walau nampak agak jelita di atas macam tak cukup darah


aku selalu merasa diri aku hebat walau :

1)aku tak "cool" macam ice cube dalam peti ais yang bakal terjun dalam air milo di rumah masing2
2)aku tak "urban" yang terlalu meminimaliskan jumlah kain pada body masing2
3)aku tak "indie" sepertimana dirakusi ,diobses oleh masing2 sambil pakai skinny warna warni
4)aku tak ada boyfriend rupa ala2 artis af beserta label "rockstar" macam engkau masing2 ada .




aku bangga jadi diri aku
bangga jadi zhana zulkifli
anak kedua ahmad zulkifli dan rosua .
adik kepada nazliya
juga kakak kepada faizura




engkau2 tak bangga ke jadi diri sendiri ?dah2 lah jadi poser tak tentu hala .cukup2 lah jadi copycat .mata aku yang dua biji ni tak larat dah nak melihat ,telinga aku sudah hampir pekak mendengar kehebatan kau yang terlampau crap dan rubbish itu .



"whatever major loser" bukan aku cakap tapi salah satu watak antagonis dalam camp rock cakap .memang seuai pun dengan engkau .



pesanan pada engkau2 yang terasa ,aku tahu kau tak aktif baca blog tapi mana tahu kan satu hari kau search kat google tiba2 keluar blog aku ,maklumlah blog aku kan-terlampau-femes .pesanannya berbunyi :
"KAU TAK PENAT KE JADI KUCING TIRU ?SHAME ON YOU PEOPLE "




aku malu jadi kawan engkau .'

Tuesday, March 10, 2009

walaupun chris redfield dah jadi hero baru ,tapi tempat steve kat hati aku takkan hilang walaupun claire redfield merayu kat aku supaya lepaskan steve

hari ini aku nak menyatakan aku dah mengalami symptom emo part 2 .aku rasa bengang tengok sekaki kotak kat rumah aku yang warna hitam ,yang dah masuk edition 3 tu ,tercegat diam sahaja kat disitu .tak boleh guna ,tak boleh berfungsi ,senang kata dia dah ROSAK .


apa kes dengan engkau eh si hitam ?
kenapa tak boleh tolak masuk cd kat dalam engkau ?
bangang .


aku balik dengan harapan dapat berentap dengan siblings aku bila balik rumah ,sama2 nak meluncur dengan laju dan buat jenayah dalam burnout takedown ,nak goreng gitar dalam guitar hero .cis !semua harapan aku dah hancur berkecai .


ape masalah engkau ?
apa problem engkau ?
apa yang tak kena dengan engkau ?
tapi apa sebenarnya engkau si hitam ?


PLAYSTATION 3


memang dia dah rosak ,disk apa menda tah rosak .buat masa sekarang daddy aku tak terfikir lagi nak membetulkan si hitam itu ,sebab sibuk dengan landscaping rumah .



bencinya .


yang aku bertambah bengang .resident evil 5 dah nak launch this 13 march .memang drooling habis lah aku .apa kejadah kalau aku dah beli cd dia tapi tak tahu nak sumbat mana .

ni trailer dia .









nak lebih lanjut pergi sini



ok lah .sampai sini sahaja .
aku nak pergi bunuh diri dulu
dengan makan chopstick eh chicken chop yang mummy aku buat

bye bye .

Friday, March 6, 2009

petang tadi aku jumpa hiro mizushima .tak kenal ?alah yang berlakon dalam hana kimi,yang jadi nanba senpai tu .still tak kenal?lantak korang lah .

setiap orang pasti punya cerita2 lama .tak kira samada pelangi atau hujan .ia tetap jadi yang dulu dan bukan yang sekarang .mungkin juga sudah dilupakan .

aku pun tidak tahu samada aku ini diklasifikasikan normal atau tidak sebab aku kalau saja2 nak ingat perkara lama ,takkan nya .kalau ya ,memang bukan zhana zulkifli .tapi aku mudah flash back waktu dulu2 bila aku dengar lagu2 yang punya kaitan dengan sesuatu insiden

tidak kira samada ia melibatkan
kisah cinta aku
kisah persahabatan aku bersama backstabber2
kisah kepayahan hidup aku berlawan dengan raksasa-yang-sangat-besar warna biru masa aku jadi ultrawoman dulu
kisah apa-apa sahaja lah yang korang-rasa-sepatutnya di listkan


tapi betulkan ,certain2 lagu buat kita ingat perkara lama.
kan .


tak kira lah kau ni type yang jiwang yang mana selalu menangis bila tengok hero hindustan mati kena tembak dengan inspektor sahab versi yang makan rasuah ,seorang bapa segala rockers yang tahap boleh mengapak orang sambil makan kepak ayam ,yang tak ada perasaan langsung macam patung vodoo yang rela badan dia dicucuk2 dengan jarum jahit baju mak kiah ke atau bagainya ,pasti ada kan at least sebuah lagu yang buat engkau2 ingat pada satu insiden ,barangkali pada seseorang.

percayalah
pasti ada
kalau tak ada kau bukan manusia
lalalaaa~

oh ya ,bawah ini aku serta kan video clip yang mana merupakan lagu favorite aku sewaktu aku bersama seorang ,orang silam aku yang juga penting satu masa dulu .




oh ya sorry ya ,sebab ada bahasa spanish apa menda tah kat bawah tu .sebab yang tak ada subtittle spanish tu ,semua tak ada embed code dia .semua nak kata leona lewis punya hak ,so tak boleh bagi code .to hell with that ,bukan lagu asal kau pun leona ,avril punya lah .woot2 ,jangan lah berlagak sangat .saving lah engkau .shame on you leona. ahha .kenapa aku emo melampau ni ?


entahlah .

satu lagi jangan tanya aku video clip ni pasal apa sebenarnya ,aku pun tak faham .yang penting chace crowford ada .





sudah lah .
aku nak layan perasaan ni
engkau2 layan lah video ni



selamat tinggal dunia .

Tuesday, March 3, 2009

aku rasa hendak makan orang hari ini ,kalau tak dapat bahagian daging ,part tulang pun jadi .kalau jual pun manyak untung maaa !

aku memang rasa tertekan yang teramat sangat sekarang
yang sudah ke tahap maksimum juga


apakah aku mengalami perubahan hormon yang ketara
tidak .

menghadapi pms
tidak.

ada orang curi deodoran yang aku baru beli 2 malam lepas
tidak.

ada perempuan gatal tackle boyfriend aku
tidak. (aku tak ada boyfriend ,mana mungkin kebarangkalian ini wujud,bodoh !)

setelah berjam2 berfikir aku rasa aku dah dapat jawapannya .mungkin sebab peristiwa petang tadi .aku beli jemput2 pisang seringgit kat mak cik cafe dalam keadaan terpaksa sebab tak boleh beli kat luar ,kelisa aku rosak .so tak dapatlah menunggang .

what a surprise !
jemput2 pisang tu langsung tak ada seperti rasa yang sepatutnya ada ,tapi lebih kepada rasa cucur udang yang tak ada udang .oh ,perasaan aku tak payah tanya ,memang bergelodak sakan .bukan sebab aku berada dalam keadaan yang tersangat lapar ,tapi mungkin simptom rindu rumah ,kampung halaman aku di dungun dah menjelma .

oh mummy ku sayang !aku rindu jemput2 pisang yang dibuat mummy .yang bila aku makan masa panas2 memang melecur lidah aku sebab kandungan pisang yang masih cair kat dalam ,barangkali sebab terlampau banyak pisang .ya ,zhana zulkifli memang gelojoh/pelahap/tamak .


aku juga rindu pada sup ikan mummy
buat pengetahuan engkau2 .if kat kl memang aku jarang nak sentuh makanan berasaskan ikan
mungkin atas dasar di tempat aku ,ikan2 yang terjual adalah fresh2 .
betul aku tak tipu .

betul ni .

pernah satu pagi aku ikut ayah aku pergi jogging ,time tu memang nelayan2 berpusu2 naik ke darat bawa hasil .fuyooo !gila fresh ikan dia ,masih bernyawa pun ada .part yang tak bestnya ,aku juga jadi mangsa lari2 balik rumah ,ambil duit and kereta pergi ambil ayah aku kat situ dah lah lembu banyak pagi2 ,aku pula gatal pakai baju merah .memang cepat je aku sampai rumah .

this is not fair daddy !

tapi betul ke kata orang ,kalau kita pakai baju merah ,maka kita akan dikejar lembu .siapa2 boleh bagi explanation tak ?kalau berjaya ,aku akan bayar engkau2 dengan seekor ikan merah yang besar lagi fresh ,dihantar terus ke rumah engkau dengan kadar segara tanpa cas pos .

betul atau ke tak aku hantar belakang kira lah ,takut abang2 posmen dah ambil ikan tu buat sweet sour
.


sebenarnya ,aku tak tahu apa tujuan asal entry ini ditaip hari ini .barangkali ,aku cuma nak mengumumkan ,bukan umum hari raya tapi mengumumkan esok malam AKU BALIK DUNGUN !


p/s:tak sabar nak jumpa you apiq ,nak geledah2 nikon you .hari tu nampak i kat kedai makan depan uitm bukan nak tegur ,takut silap orang konon . haha :) .juga *anak2 aku di rumah tunggu mama balik ya !



*anak = anak kucing

tak cukup dengan chace crowford ,josh harnett pun kau nak sauk sekali .memang tak patut ,paling cikai pun simpan kat aku sama

setelah puas meminta2 di IPmsg perihal lagu pokerface akhirnya dapat juga .tapi sedih sebab tak sorang pun ada lagu paparazzi .hari tu try download tapi tak dapat2 .oh ,mesti engkau2 tertanye2 ape ke menda IPmsg tu .oh die sejenis software yang ala2 ym juga lah .ia berguna ,memandangkan di tempat belajar aku ni wifi dia dah tahap manusia-hampir-tidur-depan laptop sebab lembap sangat ,penggunaan IPmsg adalah wajar ,kerana mampu berfungsi walau dalam keadaan signal wifi yang tersangatlah rendah .memudahkan kami2 warga kss ini untuk melakukan proses yang dipanggil file transfer

juga lupa nak memberitahu ,wifi kat tempat aku ni haram dapat buka friendster ke myspace ke facebook ke youtube ke ,kalau dapat memang beruntung lah nasib engkau .

aku ni selalu malang
sebab tu dah almost a month aku tak reply comment kat myspace
maaf semua cybermate

tapi tang blogger laju jek die bukak
jangan tanya kenapa sebab sampai ke hari ni pun aku wonder
kenapa
mungkin pihak cict sangat suka budak2 di tempat aku ini berblogging
mungkin juga tak ramai manusia di tempat aku yang tahu berblogging
yang menyebabkan traffic blogger tak sesak
BARANGKALI

sebut pasal blogging ,aku terbaca blog salah seorang rakan aku tadi
perihal dia cuba untuk mendekati orang yang tak sepatutnya
bukan atas dasar dia ada kena mengena dengan pusher dadah
juga bukan ketua samseng yang paling dikehendaki
tetapi atas dasar dia sudah dimiliki/dihuni

nampak macam kecil saja kan
tapi tahu tak besar impaknya kalau sudah tersasar
mahu ke engkau dilabel sebagai perampas ?perempuan jalang ?betina sundal ?
cuma kerana satu reason
mengambil yang bukan hak kita

perempuan ,
percaya lah cakap aku ,kau tak kan bahagia
walau engkau sudah berjaya mendapatkan dia
sesudah nya engkau melompat ke langit kegembiraan
aku masih di pasak bumi
memaku kaki ,takut2 engkau kecewa
kerana MENGAMBIL YANG BUKAN HAK ENGKAU
percaya lah akan pembalasan/karma
betul memang wujud
percayalah

bukan berlaku pada aku
tapi aku punya mata yang memerhati semua yang berlaku
lelehan jernih air mata dia2 di sekitar aku yang mengalaminya
dah pun aku tatap ,dah puas aku tenung
sikit2 berbekas juga dalam hati aku

satu sahaja sebab
aku tak nak engkau merasa yang sama .