Saturday, April 25, 2009

socialising ,shopping ,studying and enjoying ,come together in package.hilang satu tidak sempurna sudah

"kala memetik jari berbaladakan masa ,berlalu pergi satu ketika "
zuhana zulkifli

some say it is time for me to say goodbye ,a time to drop beads of tears ,waving my hand up in the sky symbolizing as "till we meet again" ,snapping some cool pictures with friends and lecturers keeping as memories ,packing and arranging my stuff into begs and boxes ,jot down ;the address,phone number ,mailing address on a piece of paper to keep the bonding between me,her,him and you stay strong .

it's true i can't wait for 4 may to come ,other way around i deadly want those time passing me slowly .one thing for sure i will miss KUALA LUMPUR ,a place where i spend almost 3 years with lotsa bitterweet memories .but it won't stop here ,my journey still far ahead to be taste ,to be feel .

p/s : bye bye UTMKL .

Thursday, April 23, 2009

promote diri sekali sekala macam jualan ikan pada kadar rendah dekat Tesco tak pe jugak

selalu merasa aku kembar mary-kate olsen,yang pastinya aku
zhana zulkifli



bangganya mengumumkan aku dah tukar headline myspace aku "jangan tanya orientation sex aku" sebab timbul sedikit kekeliruan bagi golongan yang hendak menambah dan tak kurang ada yang bendul2 sikit anggap aku tak straight/bisexual/lesbian .come on it just words people .sekarang aku dah tukar headline tu jadi "i keep chasing after him ,while he keep stalking another girls" ,baru nampak macam perempuan menjurus ke-obsessian terhadap lelaki ,aku tukar headline tu khas untuk orang yang imiginasinya terlampau wild dan out of the box .

aku nak kurangkan kontroversi sebab nanti orang kata menggedik ,aku malas nak jawab persoalan2 papparazi (bukan papa kepada razi pastinya) yang bakal timbul dan akan jadi front page kosmo esoknya .paling tak nak jadi buah mulut mama juwie sebab aku anti majalah mempelam a.k.a majalah photoshoot tepi/dalam kolam ikan air tawar eh eh kolam renang .

periuk/sizuka : baru aku sedar OLIVER SYKES tu hot habis melecur


Sunday, April 19, 2009

kalau orang lain boleh jiwang2 berbunga ,aku pun boleh jugak jiwang berbunga taik ayam

zhana zulkifli bertopengkan muka wanita gatal/desperate

"do you know that ,you are the person i've been looking for
the patterns that fit in my love puzzle,you are not just a
queen,
but a part of my life ,my precious"

engkau2 jangan panggil aku freak ke apa ,hobi aku suka simpan benda2 macam atas ni yang diberi opposite sex yang dulu relate rapat dengan aku .kau tahu macam mana aku suka karangan2 atas neh walaupun aku rasa nak tergelak ,rasa malu pun ada .terjiwang kot bila mood aku jatuh cinta kat opposite sex .kalaupun dah lama berlalu and dia pun agaknya dah lupa macam mana bentuk muka aku bila terserempak kat pasar ikan ke pasar buah ke watson ke (?!) ,tapi no worry takkan tiba2 muka aku jadi Leighton Meester .whatever kau nak kata lah kan .

apa yang aku rasa sekarang ,i just wanna bump into him someday and talk about ourlife and whatsoever .do you know how i miss that things .dem you (100x) ! tinggalkan aku .memang kau menyesal sampai kau beranak ,ok aku tipu sebab engkau laki mana boleh jadi pregger .dah dah ,jangan nak kata kau dah tukar jantina sekarang .

aku dah sampai tahap emo melampau sebab esok aku ada paper robotic .and its final babeh ! walaupun dah ada skema jawapan ,tinggal nak hafal saja .tapi aku memang chuak habis sebab otak aku agak lembap menghafal .doakan aku kawan2 :)


p/s :ada siapa2 nak jadi boyfrend aku ?

Thursday, April 16, 2009

biar lambat asal selamat ,apa yang penting ?orientation sex aku masih straight ok .

oke ini adalah tuan blog yang suka lambai2 tangan
dan bajet ketiak dia best


tuan blog ni suka buat gaya sakai sebab bajet dia dalam
ANTM padahal masuk model agency pun tak pernah


mata tuan blog paling kecik dan orang pernah panggil dia pucca

mempunyai sepasang kaki yang pendek dan gemok
petanda dia sangat suka jalan2 buang masa


blur2 dan confuse memang dia handal dan sifat semulajadi

sangat jelas terang dan nyata dia yang paling pendek tapi perasan
cute
oh dan kami bakal buat album soon (?!)

suka posing lebih2 lah kan bajet ada paparazi membontoti
dia lah tu

kawan baik dia dan gf dia ,okeh orientation sex dia masih straight

ini gf2 dia yang lain,pesanan for lynn
"hati2 dengan kepitan mu"

aku tahu walau macam mana pun aku ,you guys still accept me the way i am .sebab tu aku sangat2 happy bila dapat melancong bersama engkau2 di tiga tempat iaitu pantai california ,miami dan new zealand .ok ,semua readers jangan jelaous sama kami .sebab tuan blog memang suka buat cerita2 dongeng dan tipu .fikir sendirilah :)

di samping itu aku nak bagitahu yang aku sekarang dah jadi girl home(?!) walaupun mak aku selalu membebel kaki aku tak melekat kat lantai rumah bila balik dungun .oh mummy ! your daughter having a grown up process now .jangan beli paku banyak2 ye !

Thursday, April 9, 2009

kalau setakat bangga dengan harta mak bapak .baik tak payah .tunggu sahaja bila kau dah bekerja ,baru ok show off!

ini posing terbaru kata shudec .ini posing tutup kebuncitan kata zhana zulkifli

2-3 hari ni ,tahap ke-tensyenan aku semakin meninggi melepasi paras bahaya ,gara2 assignment serta final projek yang melambak .aku dengan bangganya nak memaklumkan kesemua final project aku hampir selesai dan ada juga yang dah selesai iaitu bagi subjek robotik .hanya berbekalkan modal sebanyak RM150 ,aku dan ahli kumpulan aku berjaya menghasilkan applikasi yang menggunakan sistem robotik .walaupun tak seberapa macam projek orang lain yang mencecah ribuan ringgit tapi ahli2 kumpulan bertelagah sama sendiri ,masam muka sana sini ,adalah bagus lagi kami2 yang rendah diri ini.

ketensyenan aku bertambah lagi ,bila mendengar cerita2 tentang orang2 sekeliling aku yang gemar bangga dengan harta benda mak bapak atau bf2/gf2 diorang yang bawak-kereta-mewah-milik-parent-diorang .tak tahu apa nak dibanggakan ,tak ada story melecur yang lain ,barangkali .tak cukup dengan itu ,golongan2 ni sibuk duk canang perihal bukan2 serta keburukan pihak yang di"aim" kerana tahap kejelesan yang sangat maximum .alahai ,bodohnya engkau .aku malu berada di kalangan engkau2 ,tapi ada sesetengah yang bangga memeluk dan memuja engkau .yang ini lagi double bodoh .apa nak jadi ?

btw,
aku pun guna juga harta mak bapak aku, tapi aku tak membangga .bukan macam engkau ,mengata harta aku tapi engkau sendiri menjejeh air liur hendak memegang harta aku.shame on you bloody people !

Monday, April 6, 2009

malas nak tulis tajuk ,bukan penting pun .

inilah keadaan table study dalam bilik aku kat college

kolot sangat ke kalau perempuan suka pakai baju kurung ?terus terang aku kata ,aku kalau ke kelas rasa sangat selesa kalau pakai baju kurung .lepas tu adalah comment tak membina datang macam "rajin nya kau pakai baju kurung" atau "tak rimas ke pakai baju kurung" atau"kenapa pakai baju kurung " .weh suka hati aku lah ,nak buat macam mana aku ada beratus2 baju kurung dalam locker ,takut2 tak sempat pakai semua dalam masa 3 bulan ,sebab tu aku pakai baju kurung hari2 .


lepas ni ,jangan tanya lagi kenapa aku suka pakai baju kurung sebab aku malas nak membazir air liur jawab sebab sekali aku jawab ,lain kali nampak aku ,kau tanya soalan sama .aku bukan budak tadika yang rajin je jawab apa orang tanya .kalau nak sangat bertanya ,kau tanya lah dinding sebab dia tak akan marah walau berjuta kali kau tanya .kalau tak percaya ,trylah .jangan lupa mencuba ! :D

Sunday, April 5, 2009

pernah ke aku peduli orang nak kata apa ,aku selau ikut diri aku sendiri .malas nak layan apa orang lain kata





zhana ,merosxx ,shudec at pavi and klcc

siapa kata budak last year tak boleh enjoy sakan ?instead kena butakan mata mengadap buku yang dibaca tapi tak faham2 sampai bila2.come on lah ,zaman batu mana lah kau hidup ni ? bagi aku time ni lah kita nak spend time dengan kawan2 yang kemungkinan besar tak kan kita jumpa di lain2 masa kelak .

lagipun siapa lagi aku ada kalau bukan mereka2 .btw ,aku nak khabarkan kepada engkau2 yang pernah baca entry aku terdahulu bahawa aku tak rasa semua azam tahun baru aku akan menjadi ,terutamanya satu azam yang hendak aku tunaikan sebelum birthday aku dan azam untuk menjadi semakin comel juga kemungkinan aku keluarkan dari list itu ,sebab aku rasa aku semakin buruk dan untuk mengumpul baju2 boho chic juga kena tolak jauh2 sebab duit dah kering .

ada siapa2 boleh tolong ?tapi tolong jangan bagi number ah long untuk pinjam duit atau suntik botox atau sugar daddy.aku tak nak mati awal .

Wednesday, April 1, 2009

ketika berlari mengejar sesuatu ,aku tersungkur kerana sebiji batu kecil yang bodoh .dalam tidak sedar ,itulah petunjuk supaya aku berenti berharap.


memang best kalau dapat kumpul memori atau kenangan sampai bertimbun2 .tak kisah lah ia yang pelangi2 atau yang hujan2 .apa yang sudah berlalu dan berlaku pasti layak digelar dan diklasifikasikan sebagai memori .

ada sesetengah yang bermati-matian ,mematikan semua memori2 atas dasar dan motif untuk melupakan .aku juga pernah tergolong dalam orang2 bodoh itu ,cuba nak padam dan buang semuanya ,tapi dalam tidak sedar sudah tahu tidak akan sesekali berjaya .

bagi aku cuma satu ,kenangan bersama dengan jasad yang sudah tidak bernafas adalah satu yang berharga .tidak dapat dibeli dengan masa ,wang atau populariti .

"hargai lah mereka2 yang dekat serta setia dengan diri engkau2 ,sebelum terlambat "

i miss you arwah wan minah /sirimis .