Thursday, June 4, 2009

pergi sudah satu penting dalam jalan hidup aku

from left :zhana zulkifli ,aimi roslan ,annati rosmadi

semalam aku selamat sampai dari kampung aku ,jerantut .kepulangan aku kali ini agak kelam kabut sebab terpaksa pulang kerana satu berita mengejutkan .yang pastinya ,bila aku ke sana tiada lagi insan yang disuruh membeli sabun basuh ,dibawa pulang soflan .bila malam mendatang insan itu bersedia turun naik tangga ,bimbang ada certain pintu rumah tidak dikunci selamat .juga tiada lagi insan yang sering bertanyakan perihal sama tapi dalam struktur ayat yang berbeza ,lucu sekali .

berbeza sekali kepulangan hari itu ,bila keadaan rumah yang sunyi tanpa hilai tawa seperti sebelumnya .yang kedengaran hanya alunan ayat suci Al-Quran di hadapan sekujur jasad yang kaku serta pucat tetapi masih tenang sekali fizikalnya .itu sudah pasti ,esoknya pertemuan terakhir aku dengan insan itu .sebelum dikapan kan ,aku sempat mengucup dahi dan pipi insan itu ,semua kerana aku tidak sempat berbuat demikian sebelumnya ,kesal tak payah cakaplah .waktu itu ,esakan dan tangisan orang2 yang mengenali insan tersebut begitu riuh ,semua kerana kebaikan insan itu sewaktu masih bernafas .

apa yang paling menyedihkan ,hari pengebumian itu pertama kalinya aku melambai insan itu pergi yang mana sebelumnya dia melambai aku pergi .Al Fatihah buat arwah tok wan aku ,Basharudin .aku pasti merindu cara tawanya ,habitnya selepas minum air serta uniformnya yang lucu bertuala tapi berstokin .

I WILL MISS YOU TOK WAN .

5 comments:

ayunimadarina said...

takziah.

be strong my girl ;)

Maira Adreanna said...

takziah .
sabar keyh sayang

dieyla yusof. said...

takziah.

kuat ok.

Feng said...

al fatihah.

may god bless his soul.
:)

Maira Adreanna said...

just to inform yg my blog akan ditutup bwt sementara waktu atas sbb2 tertentu. bile da bukak balek nnti, i'll let u knw. thnks :)