Wednesday, April 6, 2011

indah bila ia satu surprise


pernah tidak bila awak semua medongak ke langit dan nampak kapal terbang meluncur dengan lajunya di langit biru ,terdetik siapa yang ada kat dalam tu .saya ada cakap pada kawan-kawan saya ,bagaimana kalau dalam tu ada Mariah Carey .macam lawak kan ?tapi tak lawak pun sebenarnya ,orang kata life kita ni unexpected .

dan setiap kali saya nampak kelasi kapal di pelabuhan ,seorang taukeh di kedai makan ,lelaki berkemeja segak memandu Mercedes ,seorang bapa bawa anak bermain-main di taman permainan membuatkan saya terfikir .mereka semua ini saya kenal ke ?kita pernah berselisih bahu di mana-mana ke ?kita pernah berborak di dalam tren ke ?

life sangat unexpected .

hidupini terlalu indah dan complicated untuk dijangkakan .andai kita tahu apa yang berlaku pada keesokan harinya masihkan kita nak gelak ketawa macam hari ini ?atau mungkin kita sedang menangis di sudut bilik mengenangkan malangnya masa depan seorang saya .

life sangat unexpected .

dan kerana itu saya tak berani nak predict future saya ,saya lebih rela menjadikannya sebagai satu surprise bermakna buat seorang saya .

No comments: