Friday, October 29, 2010

YOU MAY LOVE ME ,XOXO ,GOSSIP GIRL .


hari ini i berasa sangat relief sebab semua bebanan yang melibatkan quiz ,test ,presentation ,lab report or whatsoever dah selamat mendarat ke kawasan yang sepatutnya .disebabkan terlampau free maka i nak lah bercerita pasal tv series yang popular yang tak kira la dalam Malaysia ke tepi Malaysia ke or whatever sia-sia lah kan ,iaitu the one and only only one iaitu Gossip Girl yang sangat popular dengan tagline "You know you love me ,XOXO (sambil ada intrumental music) Gossip Girl ".boleh kata cerita ini sangat syok dan tesangat best sebab kronologi dia yang teratur dan tidaklah mengarut mengaban macam cerita-cerita lain yang dah masuk season 3 ,4,5 ,6 yang mana dengan tiba-tiba semua ada kuasa segala bagai .plus ,dengan actor/actress die yang hot melebur habis .meoww meoww~ .contohnya si Chuck Bass yang i gelarkan sebagai Mr Cool .sebab apa dia cool ?sebab dia tak cakap banyak ,but the way he act kita boleh baca ,okay bukanlah ada tulisan essay segala bagai ,i mean the face expression .sebab nak bagi gambaran lebih jelas ,i selitkan gambar ni kat bawah .

sweetkan ,hensemkan ,coolkan ?ahha .fine !i love this two lovebirds to the core .

antara favorite quote i yang Blair cakap is :

Blair: Do you... 'like' me?
Chuck: Define like.
Blair: You have got to be kidding me.
Chuck: How do you think I feel? I can't sleep! I feel sick, like there's something in my stomach... fluttering.

ihih ,sweetkan ?sweetkan ?okay ikut suka you all la nak cakap sweet ke .entry i prioritinya bukan lah nak berlandaskan review Gossip Girl semata-mata sebab you all boleh download sendiri atau buat muka tak malu mintak latest series dari member yang penat menunggu habis download seminggu ,pastu tiba-tiba datang rumah diorang ,copy cerita tuh pastuh bla dalam masa 15 minit .nampak kejam tak ?kalau tak nampak kejam cuba dapatkan hasil dalam minit untuk seminggu

7 x 24 x 60 = ??? minit .

tolong kira sendiri ,calculator ada dalam beg kuliah kat luar malas nak ambik .ok ,dah lari tajuk lagi sekali .Macam ni sebenarnya ,life i sebagai seorang pelajar di IPTA selalu disapa manja dengan gossip2 liar mengenai :

1)status relationship rakan sepejuangan ,ada yang betul ,ada yang tipu ,ada yang malu tapi mahu ,ada yang cinta tak berbalas ,ada yang keluar dengan boyfried orang pastuh terkantoi dengan boyfriend sebenar ,berlaku cerita sadis cinta 3 segi ,ada yang jadi player pelbagai peringkat dan macam-macam lagi la ,malas nak taip .pasal buat cakap-cakap belakang sebab berusaha nak dapatkan juga crush dia tak kira apa jadi sekalipun ,even buang family ,buang kawan .yang menjadi lagi kecoh bila berlaku perubahan relationship status kat FB daripada "SINGLE" ke "IN A RELATIONSHIP" walaupun ada sesetengah yang saja tipu tipu sebab nak grab attention .lepas tuh nak lagi gempak tukar jadi "DIVORCED" ,tapi kawan i cakap loser sangat kalau tulis divorced sebab nampak hina sangat macam kulit pisang tepi jalan atau plastik Mamee Monster yang ada kucing berak atas tu .hahaha .i tak kisah pun ,sebab none of the above is mine .ihihiih .

2)tapi TAPI bukan pasal relationship status jek ,tapi juga bertiup kencang pasal friendship especially perempuan yang mana kalau sedia tahu ,bab-bab kawan ni perempuan memang suka ber-drama lebih kan ,si A mengata si B ,Si C mengata si A dekat si B pastuh si B yang ala-ala blur sangat ni pergi bercerita dalam tempurung pulak dengan si A .pastuh bergaduh sama sendiri sampai grad dendam tak terbalas .aishh .macam-macam situasi lah ,kalau campur aduk cerita ini dalam susunan warna untuk rubix cube ,sampai mati tak jadi sama color setiap side sebab too many color nak kene wajib organize hhhaha .

3)pasal assignment berkumpulan atau individu yang mana selalu sangat jadi masalah utama .meng-copy dan meng-paste ni ibaratnya macam dah jadi satu asasi dalam hidup student .tapi wujud lah 2-3 titik hitam yang skema sikit ,yang segala menda yang dibuat ada lah hak milik dia ,HAK MILIK DIA SEORANG tapi hasil kerja orang lain adalah HAK MILIK BERSAMA (?!) sinonim kan dengan tempat belajar you all kan ?lagi satu ,ada jenis yang kerja dia nak in-charge bahagian buat cover je sebab nak make sure markah untuk assigment itu ada nama dia ,CONFIRM nak ada ,walaupun satu kuman hama pun dia tak menggembeleng tenaga .lepas tu ,nak buat cakap-cakap belakang pasal si Donut tak buat kerja la ,si Karipap tahu keluar ngan scandal je lah ,si Putu Piring yang selalu tak pergi discussion sebab bangun lambat dan macam-macam ragam la yang timbul .tapi sebenarnya ,kerja sendiri yang terbengkalai .aishh .

banyak lagi kategori nya ,tapi macam panjang sangat pulak entry ni ,nanti tade orang nak baca pula .ihihihi .senang kata macam ni la ,i pernah terfikir untuk hasilkan satu blog yang berkisarkan gossip-gossip liar yang bertiup kencang atau sepoi-sepoi bahasa kat tempat belajar i ini dan ala-ala gossip girl sikit tapi tade lah nak di remake jadi series popular tajuk "TIUPAN KENCANG GOSSIP GIRL UTEM" .eh eh ,buruk sangat bunyi nya .hiihih .cerita tuh bukan la semata-mata pasal kanak-kanak riang kelas i ,tapi merangkumi seluruh utem yang melibatkan staff ,lecturer ,student dan sebagainya .

PERSOALANNYA ,BOLEH KE ?DAN SEKARANG KALAU I WUJUDKAN JUGA ,MACAM IDENTITI I DAH TERBONGKAR KOT .HEHEHE .KALAU BETUL-BETUL WUJUD NAK GUNA NAMA APA ?TAK NAK GOSSIP GIRL .SUGGESTKAN NAMA LAIN ,PLEASEE .IHIHIH .IF BETUL-BETUL WUJUD JUGA ,SIAPA VICTIM PERTAMA I ?HAHAHA .

p/s :pendapat/komen dari anonymous(tade blogspot & google acc atau merahsiakan identiti) amat lah dialu-alukan .thanks :)

Tuesday, October 26, 2010

jangan lebih kuah dari sudu ,berpada-pada dengan apa yang ada


"jangan rasa diri hebat andai diri tak hebat ,tapi tolong rasa diri tidak un-cool apabila anda memang un-cool"

hari tu kan ,i ada lah cakap-cakap dengan kawan i si Farah ini ,entah macam mana boleh ada perasaan nak flash back ke zaman sekolah yang sangat comot dan tersangatlah LOSER itu .kenapa i kata macam tu ?sebab masa itu ,i sangat pemalu .bila orang lelaki datang nak borak dengan i ,tak pasal-pasal terus rasa nervous lepas tu terus rasa nak langkah seribu .kalau time cakap kat depan classmate ,rasa macam kena cakap dekat 1000 orang ,padahal dalam 30++ jek .alamak ,sangat LOSER kan .kalau jalan kat mana-mana tade pun orang pheewit pheewit kat i macam member i lain yang sangat cantik ,hihih .bila jalan ngan orang cantik terus rasa rendah diri =.=

nak dijadikan cerita ,masa form 5 ,ada this guy yang i namakan sebagai J suka i tapi masa tuh i naif sangat sebab dia suka sakat-sakat i depan budak kelas mekanikal dan dia budak mekanikal ,budak MEKANIKAL ok ,macam you all tak tahu macam mana dajalnya mereka .sekat-sekat guna kaki konon macam mintak tol lah segala bagai ,ok teknik i ada tol tau hahah .sebab dah macam maximum sangat dah tahap malu ini ,i mintak kawan i yang baik dengan si J beritahu dia supaya jangan ganggu i lagi ,lepas tu dia dah tak kacau i ,dah tade text i dan tade call i .bila jumpa i pun cepat-cepat dia pandang dinding ,i tahu dia dah benci i .i pun ngada-nagda jugak ,time rehat sanggup lalu jauh sampai kene rentas office ,court perhimpunan segala bagai sebab tak nak lalu depan kelas mekanikal .beza masa 8 minit tau ,ihihihi .sorry tau J ,i LOSER sangat time tuh ihihih .

pastuh masuk UTM lagi rasa loser sebab kawan-kawan i sume hot termasuk Meroh dan Shudec .bila jalan ngan mereka terus rasa shrink diri ini macam dalam cerita Honey ,I Shrunk The KIds tuh .Then ,masuk UTeM pun lagi rasa rendah diri sebab kadar orang cantik makin bertambah ,nak list ramai sangat ,tapi bagaimana dengan Amy Winehouse UTeM yang berangan-angan nak jadi model itu ?model ke ?ihihihh .

dan sampai sekarang sikap loser dan rendah diri dalam diri i ni ,macam dah sebati ,bersatu padu jadi satu dah pun haa ,ibaratnya kalau you campur butter ngan telur pastuh you pukul dia sampai sebati confirm dah tak dapat nak pisahkan ,kan ?macam tu lah lebih kurang .sometime ,i jealous dengan orang yang ada tahap confidence yang tinggi itu ,dan wonder kenapa i tak macam mereka .bagaimana kah cara yang sebetulnya untuk boost self esteem i ?dan pastinya bukan dengan cara membuli orang macam dalam cerita You Again ,pergi lah tengok wayang cerita tu ,best .eh eh ter-promote pulak kann .btw ,i tak adalah seteruk heroine cerita itu oke .hahaha

berbalik ke persoalan tadi ,bagaimana yeah ?

Saturday, October 23, 2010

KALAU LAH I FAZURA ITUUU

apakah i sorang ?atau you all pun sama .you all pernah tak timbul perasaan terperasan ,bila mana seorang lelaki cuba melayan you seakan-akan hendak you all jatuh cinta pada dia ,tapi bila you dah betul-betul jatuh cinta pada dia ,dia terus cuba untuk menjauh daripada you and siap couple ngan orang lain lagi .bukan sekali ,bukan dua ,mungkin tiga juga .

yang peliknya ,walaupun girlfriend dia tuh cantik gila bagai diana danielle eh tak tak ,tak suka dia .macam idola i lah ,Fazura then dia still tak nak hilang you .if dulu masa dia duk flirt-flirt ngan orang yang ala-ala Fazura tuh ,maka you macam dia tak nampak je ibarat macam you berjalan dalam gelap dengan kulit hitam legam dan pakai baju hitam dan memang berpontensi nak kena langgar dengan rempitzzzz atau drifterzzzz tapi bila dah dapat Fazura dia macam berbaik-baik dengan you pula .kenapa ?kenapa tak berperangai macam itu masa tengah flirt dengan Fazura ?sebab Fazura tak sebaik i ke ?tak sebaik i ke ?tak se-sweet i ke ?tak se-caring i ke ?ececehhh hahah .se-cantik tak nak include ke ?tak nak sebab i tahu tak setanding hahah .

KENAPA EH ?(eh tertekan caps lock macam Haiqal Eunsoff pulak .ihihih .)

i bukan apa ,bila berbaik-baik dengan boyfriend orang ini i rasa macam a bit unsecure la ,i tak kisah sebenarnya sebab i lagi suka ihihih .but how , if one day i jadi punca dia break dengan Fazura .memang tak lah kan ,sebab girlfriend dia cantik dan i macam melukut tepi gantang sahaja .tapi perangai dan lagat orang lain mana boleh timbang dengan kati ,tengok dengan contact lens dan belajar dengan mendengar saja ,kena kenal betul-betul baru tahu sifat sebenar .mengelakkan misconception orang kata .orang kata i paranoid ,tapi sebenarnya i tak paranoid ,actually i naturally peka dengan feeling orang dan i tak suka orang tak suka i tanpa sebab .

dan kebelakangan ini i terperasan sesuatu ,setiap kali i jumpa crew-crew i ,i akan automatik nya bercerita pasal boyfriend si Fazura ini ,i dah kenapa ?i dah kenapa ?jangan cakap jatuh cinta kali kedua ,please la .if dia bukan boyfriend Fazura i tak kisah ,problemnya dia pun tengah bahagia dengan Fazura dan i tahu i sepatutnya gembira bagi pihak dia .

kalau lah i ni over berani ,nak je i cakap kat boyfriend Fazura tu sebenarnya setiap hari i tunggu dia text i ,setiap hari i menunggu dia ajak i tengok wayang ,bagitahu suruh dia tinggalkan Fazura sebab i rasa i lebih kenal dia dari Fazura ,i tahu apa yang dia suka dan apa tidak ,i tahu bila dia rasa down ,i nak dia tahu sebenarnya i tipu yang i tak neves bila i dekat dengan dia dan sebenarnya i suka bila dia cakap dia neves bila dekat dengan i .orang kata you player ,tapi i know you are not .

macam mana pun , menyukai/menyayangi/mencintai tak bermakna akan memiliki .tak begitu ?
apa-apa pun i tetap dekat sini just like the old days ,i miss our moments .

p/s:macam banyak pula perkataan Fazura hahha .


Wednesday, October 13, 2010

good friend


Lots of people want to ride with you in the limo,
but what you want is someone
who will take the bus with you
when the limo breaks down.
~Oprah Winfrey


A good friend is a connection to life -
a tie to the past,
a road to the future,
the key to sanity in a totally insane world.
~Lois Wyse



masihkah awak ingat bagaimana lagaknya saya apabila awak panggil saya dalam keadaan kalut ,semata-mata nak bagitahu orang yang saya gilakan kan tu baru lalu ,dan sekarang tengah bukak pintu kereta dengan machonya ,sebenarnya ke-excited-an tuh dah kurang tapi saya tetap gembira sebab awak masih tak lupa .masih awak ingat ,dengan siapa kita pernah hang out dulu ?semua orang kalau dengar macam terus nak kata "WOW HEBATNYA KAU DAPAT KELUAR DENGAN DIORANG" dan kita selalu cakap-cakap belakang ,yang tak sangka mimpi kita akan jadi nyata .kelakar kan bila ingat balik .

awak masih ingat tak pillow talk yang selalu malam-malam mengulit saya tido ,sambil tuh saya cerita pasal lelaki pertama ,lelaki kedua ,perempuan ke enam dan macam-macam orang lagi saya cerita .kita bercerita sampai tak sedar pukul berapa ,kadang-kadang sampai pukul 4 pagi ,awak dan saya tak kisah pun walaupun esok kena bangun untuk kelas pukul 8 pagi .awak ingat lagi tak ,dalam pukul 3-4 pagi kita dengar orang masuk kat gate ,pastu kita berlari pergi kat tingkap ,oh rupa-rupanya crush kita lalu .lepas tu kita ketawa ,sebab baru terfikir crush kita tu tak pernah tahu pun dia crush kita .tapi saya dan awak tak kisah ,sebab kita seronok macam tu .

masih awak ingat bagaimana awak pujuk saya bila crush yang saya gila-gilakan tu dah dalam status in relationship ?awak selalu cakap saya lagi cantik dari pasangan dia ,awak kata perempuan tu dah sapu minyak "guna-guna" kat crush saya tu .saya ketawa sebab saya tahu benda tuh tak betul dan saya gembira sebab awak ada inisiatif untuk tengok saya gembira .

awak masih ingat bagaimana awak sanggup menjadi bahu saya ,bila saya bagitahu awak seseorang yang saya sayang dan rapat ,tiba-tiba menjauh dari saya dan saya juga bagitahu awak yang saya dah jatuh hati pada dia ,bila mana dia dah kutip balik hati dia yang jatuh untuk saya sebab dia cuma pretend dia jatuh hati dengan saya ataupun dah terlambat saya jatuh hati dengan dia .awak suruh saya bersabar ,dan awak kata mungkin dia tak sesuai untuk saya .saya terima nasihat awak ,dan sekarang saya tahu dia seorang player dan saya salah seorang perempuan yang dipermainkan .

tapi di mana awak sekarang ?saya tahu kita semakin jauh .tapi awak tahu yang saya sentiasa rindukan awak .dan saya inginkan kat-kata semangat awak ,sebab sekarang saya dalam keadaan celaru .dan pertama kalinya tadi ,saya menangis sebab hidup saya dah tak macam dulu .

Friday, October 1, 2010

life is not like a movie

photo credited to Bruno Dayan

"Snow White say when i was young ,
one day my prince will come
so i wait for that date"
not like a movie by Katy Perry

sedari i bukan seorang yang suka ditinggalkan dan tidak suka meninggalkan .andai i terjerat di antara situation "let go" dan "stay" ,i prefer stay .sebab i know how does it feel to be so left out .ini tidak kira lah dalam situation macam mana pun ,kita stay situ walaupun kawan-kawan kita kutuk kita habis-habisan dan boyfriend main kayu tiga dekat belakang pastuh siap belikan Tiffany & Co lagi dekat skandal comel dia tu.

kadang-kadang orang akan cakap "apa pasal kau bengong sangat ,biar je orang buat kau macam patung bodoh " ,jawapan nya senang sahaja ,it don't matter bagaimana you cuba save situation ,output dia tetap sama .kerana certain problem yang dipandang sebelah mata ,sebenarnya memerlukan pergerakan fizikal .tetapi kita tak tahu menahu .kita cuba ignore ,kita cuba buat tak tahu ,sedar-sedar kita dah ditinggalkan jauh di garisan permulaan sedangkan yang kita cuba betulkan dah selamat sampai di garisan penamat .

mungkin juga kita selalu terfikir bagaimana ada orang yang mudah betul melupakan atau senang nak berubah sedangkan kita kena kerja keras habis-habisan untuk cuba "stay" the same ,sebab nak everything just fine and according to janji kita yang dulu .alih-alih mereka cuba cari jalan lain untuk tak jadi diri mereka yang sekarang ,pada alasan hidup masih muda ,banyak benda nak cuba ,ramai orang waiting in line .ini ibarat macam janji masa kecik-kecik dulu ,nak belajar elok-elok untuk dapat kerja bagus-bagus ,in the end we are wasting our time doing something we didn't like and "let go" cita-cita yang dicintai for no reason .

walaupun orang kata berdua lebih baik ,but we must try untuk hidup sebatang kara ,sebab esok lusa kita tak tahu samada orang itu pilih "stay" or "let go" .kita ada option untuk dipilih tapi kita memilih untuk dipilih ,apakan daya .