HARI RAYA AIDILFITRI 2010
(Nazliya Zulkifli ,Venjie Norizam,Zhana Zulkifli ,En.Zulkifli)
Tinggal beberapa hari lagi semua umat Islam akan menyambut kedatangan hari yang mulia ,Hari Raya Aidilfitri .bertuahnya saya pada tahun ini kerana tarikh lahir saya sama dengan 1 Syawal ,Insyaallah .Tahun ini juga merupakan tahun pertama ,saya dan keluarga beraya tanpa datuk dan nenek ,maksud saya both side mak dan ayah saya .sedih memang sedih kerana apa yang pernah berlaku few years back then tak mungkin akan berlaku lagi pada tahun ini .
dah tak ada lagi suasana balik kampung merempuh pohonan kelapa sawit ,berebut-rebut untuk mandi di pagi hari ,take turn untuk iron baju raya ,main mercun dan bunga api dengan saudara mara ,tangkap ayam pada malam hari ,tukar sarung kusyen dan pengalaman cabut bulu ayam beberapa hari sebelum raya .indah ,memang indah .yang mana dulu ada ,hampir 1/4 dah tak ada .perayaan tidak akan jadi sama macam dulu dulu ,ah rindu yang teramat dalam .
apa yang saya tahu kini saya hanya seorang perempuan sedih berada di hadapan komputer bertempat dalam office ,saya nyaris-nyaris menangis mengenangkan apa yang pernah saya lalui , tidak dihargai .sambil menaip ,air mata saya tahan ,sebak di dada saya longgarkan dan berpura-pura enjoy melakar entri blog .
sesungguhnya ,saya perempuan sedih itu .
2 comments:
http://femme-books.blogspot.com/2013/04/projek-pertama-rahsia.html
taknak cuba?
Assalammualaikum, wah jangan sedih dong...salam kenal ya
Post a Comment