Tuesday, August 2, 2011

OLOLOLOLO PUPPY EYE

"I've got a heart for sale .It's a little worn, and torn, and pale .If it beats, then I'll make you a deal .I'll give it to you for free,If you can love it, carefully .And get, it away from me."


sungguh indah ,sungguh nyaman udaranya petang itu .sambil menggenggam sedikit pada bahagian sisi skirt labuhnya ,dia meneruskan perjalanan pada bibir air di pantai itu .daun pokok kelapa yang pastinya menyerikan suasana syurgawi itu melambai lambai dengan penuh gemalai .dia tersenyum ,senyum melihat indahnya syurgawi yang didiaminya segenap usia walau di selang seli detik bekerja di perantauan tetapi tetap tempat ini dia cintai .

di pasiran itu ,terlihat seorang kanak-kanak berusia lingkungan 5-7 tahun besama ibu bapanya berjamu selera dengan hidangan yang dibekal daripada rumah .satu persatu bekas makanan dikeluarkan daripada bakul yang diisi juadah itu .kelihatan pasangan suami isteri itu berbalas senyuman ,pada dia ,mereka pasti bahagia .si isterinya putih melepak ,pipi nya dioles dengan pemerah pipi dan bibirnya yang nipis itu dicalit gincu berwarna pink ,ya cantik sekali .si suaminya pula hanya ringkas berbaju t shirt putih kosong dan berseluar jeans lusuh ,rambutnya tidak panjang tidak pendek yang mana sesuai seadanya,ya tampan sekali .tatkala itu ,die merasa seperti di pentas lakonan ,yang biasanya disogok dengan cerita baik-baik sahaja .hari ini terbukti ia bukan dongengan semata-mata ,ia benar .

pandangannya beralih pula pada seorang lelaki tidak jauh dari pandangannya ,yang seraya menggerakkan tangannya ke kiri serta ke kanan ,beserta girang yang dipamer melalui puppy eyes-nya ,walaupun jauh ,padanya begitu dekat .girang itulah yang dilihatnya pertama kali sewaktu di dalam LRT menuju ke rumahnya di Setiawangsa .itulah yang dinamakan takdir ,mereka bertemu muka lagi di Kinokuniya selang berberapa hari selepas itu .jejaka itu juga yang tolong menahan pintu lif daripada tertutup sewaktu tangannya sarat dengan sepemeluk file file .jejaka itu jugalah orang yang bekerja dengannya di tempat yang sama yang memisahkan mereka hanyalah beberapa tembok konkrit .kekerapan waktu yang memisahkan mereka beralih daripada minggu kepada hari ,jam dan minit .bermula saat itu mereka semakin hampir ,di mana lelaki itu ,di situ la dia setia di sisi .

semakin rapat menghampiri ,lelaki itu tergelak kecil .gelaknya yang tidak pernah gagal menceriakan hatinya .dia pasti ,itulah yang terbaik .dia hanya membalas gelakan kecil itu dengan senyuman yang pada lelaki itu ,ia adalah satu satunya perbuatan yang berjaya membawa pergi segala awan hitam yang menyelubungi nya sewaktu tanpa dia .fahami lelaki itu bahawa seorang dia ialah gadis yang berdiri di hadapannya harus disayangi ibarat esok sudah tiada lagi kerana gadis itu telah menjual sesuatu yang diberi secara percuma tetapi perlu sentiasa disayangi jika tidak mahu ia dijual kepada pembeli lain ,yang turut mahu untung yang pernah dirasai oleh lelaki itu .

begitulah hati yang boleh diberi percuma apabila degupannya bermula ,cuma perlu dikasihi sepenuh hati dan dijaga berhati-hati .moga-moga hati itu tidak memerlukan pembeli kedua ,ketiga atau keempat untuk menyempurnakan tugasnya ,berdegup hanya pada yang betul betul tuannya .

No comments: