Monday, September 20, 2010

lebat awak bercakap eh ?


semakin hari ,mata i semakin berpinar dengan kerenah pelbagai manusia .perangai manusia neh ade macam2 .sama jugak macam perisa gula-gula ,ada strawberry ,orange ,grape dan asam jawa .kat bawah ni ade beberapa jenis manusia yang i berjaya categorize kan .

1)orang kaya yang memang terang-terang dah kaya dengan harta dunia ,masih tercari-cari untuk menambah harta pencarian yang kadang-kadang bukan nya sekadar untuk hidup bersenang- lenang tapi bertujuan memperhambakan orang-orang yang serba kurang .

2)ahli-ahli politik yang suka cakap atas angin ,semata-mata untuk mendapat sokongan rakyat yang terpinga-pinga berharap segala propaganda tertunai .politician (bukan semua) sekadar memberi janji macam melukis peta geografi dalam buku nota yang bakal diponyok selepas exam hujung tahun .

3)tokoh-tokoh agama yang lebat bercakap pasal akhirat ,tapi diri sendiri ke tepi ke tengah .kalau hendak memimpin biar lah ilmu penuh di dada ,bukan nye senteng seperti seluar dilipat ke paras peha .kalau nak berhujah sekali pun biar lah ada bukti kukuh ,jangan sekadar menggunakan teori sampah jalanan dan logik akal yang pendek .bukan kah kita ada pegangan Al-Quran dan As-Sunnah ?siapa lagi yang berani menentang .

4)perempuan yang rasa diri mereka paling hot sekali atas muka bumi ,ibaratnya kalau mereka melintas macam Ghost Rider bawak motor laju2 ,habis terbakar satu bandar .kalau perempuan dah cantek ,hati bersih kalau tak terhegeh-hegeh sana sini pun tetap nampak lawa .tak begitu kawan-kawan ?

5)suka bercakap ikut mulut laser dia saja ,kalau orang lain mengata dia tahu pulak terasa .tak sedar ke ber-million chapter yang you canang pasal orang tu orang ni telah sebabkan beribu-ribu orang bertelagah celah sana sini ?

6)orang yang terlampau sweet talker ,sebut satu perkataan je dah boleh luruh gugur hati mendengar .tapi esok lusa kantoi ,mulut buaya .cakap satu habuk besar kuman pun tak ada yang betul .senang kata 2% sahaja yang betul ,yang lain main cakap jek asal sweet .

ok ,tu jelah dah tak larat nak taip sebab tiba-tiba rasa emo bila orang-orang macam ni ada sekeliling i .tragis kan hidup zhana zulkifli ?hmmm .

1 comment:

Zayanie said...

haaa.. aku pon alami bnda yg sama... or ntah2 aku pon ade tergolong kot.. maklum lah.. manusia.. tiasa yg sempurna :)