"BANYAK MANUSIA BANYAK RAGAM ,BANYAK BERCAKAP BANYAK SALAH"
by zhana zulkifli
kehidupan i sebagai seorang pelajar universiti memang membosankan ,dengan jadual yang begitu ketat ,assigment menggunung ,memang bukan pelajar U ,kalau hidup tak hectic .setiap hari hidup i akan berhadapan dengan pelbagai jenis orang ,ada yang boleh dibuat kawan ,ada yang boleh dibuat lawan ,ada yang buat salah tapi buat-buat macam tak bersalah ,ada muka yang nampak bengis tapi dalam hati ada taman ,ada yang becinta tapi buat macam kura-kura dalam perahu ,ada yang bersedih tapi buat lawak tak ingat dunia .tapi i suka ,ragam manusia kadang-kadang macam dalam movie ,nampak bagai tidak logik tapi nyata :) .
nak dijadikan cerita ,beberapa hari lepas ,i dan group member i telah pergi ke sebuah tempat untuk mengkaji lifestyle mereka .sambutan yang diberikan amat positif ,kami diberikan makan minum dan tempat berehat yang sangat-sangat mencukupi ,TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT :) .mereka mereka ini terdiri daripada pelbagai lapisan ,ada yang kaya ,ada yang kurang .yang kaya ,rumahnya sedia lengkap dengan perabot-perabot IKEA ,design rumah yang tidak kurang hebatnya ,landscape-nya terletak elok ,senang kata macam rumah orang-orang kaya .yang kurang pula tinggal di rumah-rumah kayu yang kadang-kadang timbul sebak dalam hati .
terus terlintas dalam hati i yang selalu merungut ,ruang bilik i yang sempit ,mengadu dekat ayah cakap nak letak wallpaper tapi tak letak-letak ,minta dicatkan mengikut warna favorite .Ya Allah ,tak bersyukurnya i .melihat pada makanan-makanan yang tersusun elok di rak pula ,kelihatan ada semut-semut berlari manja di dalamnya ,meja ditebuk anai-anai ,pinggan mangkuk yang tiada coordination color ,terus i rasa i bongkak sebab selalu berkeinginan menjamu lapar dekat Secret Recipe ,Starbuck ,Sushi King ,TGI ,Dome ,Full House dan sebagainya .teruknya i tidak memikirkan apa yang i dah ada .melihat pada pakaian mereka yang lusuh dan koyak ,membuatkan i tersentak bila setiap bulan i menghabiskan majoriti wang yang diberikan ayah untuk membeli baju-baju mahal ,handbag berjenama dan setiap bulan kena ada barang baru .i rasa serba salah .melihat mereka mengira wang mereka yang diletakkan dalam pinggan kaca ,mengingatkan i begitu mengada-ngada minta parents biaya wang tiket untuk tengok konsert Paramore .
terlampau banyak perihal yang i buat ,yang i kira boleh dikatakan kadang-kadang over atau diberi betis mahu peha .moga apa yang i lihat pada tempoh hari dapat dijadikan ,petunjuk untuk hidup mendatang .Amin~ .